Tidak seperti model Ranger, Ford Everest 2023 hanya akan ditawarkan dengan penawaran enjin diesel sahaja, dimulakan dengan versi aras mula di mana ia hadir dengan enjin 2.0 liter bi-turbo (207 hp/500 Nm) dengan pilihan pacuan dua roda (4x2) atau empat roda (4x4), serta transmisi automatik 10 kelajuan.
Versi yang lebih berkuasa pula menampilkan enjin bentangan V6 turbo berkembar 3.0 liter yang mampu menjana 247 hp, daya kilas 600 Nm, sistem pacuan empat roda dan transmisi 10 nisbah kelajuan.

Ini bermakna, Ford Everest tidak akan ditawarkan dengan enjin petrol V6 turbo berkembar yang ada didapati pada model Ranger Raptor (392 hp).
Kesemua varian Everest mempunyai kapasiti tunda maksimum 3,500 kg.
Di pasaran Australia, terdapat empat varian yang ditawarkan, di mana perinciannya adalah seperti berikut:
Ambiente

-enjin 2.0 liter bi-turbo
-lampu LED
-rim aloi 17 inci, tayar all-season
-lima tempat duduk
-upholsteri fabrik
-kawalan iklim dua zon
-skrin sentuh 10.1 inci
-skrin kluster digital lapan inci
-sistem audio dengan lapan pembesar suara
-sembilan beg udara
-mod pemanduan (Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery)
Trend

(tambahan kepada ciri diatas)
-rim aloi bersaiz 18 inci
-tujuh tempat duduk
-pintu tailgate berkuasa
-kaca privasi
-skrin sentuh 12 inci
-tambahan dua mod pemanduan (Sand, Mud/Ruts)
Sport

(tambahan kepada ciri di atas)
-enjin 3.0 liter V6
-rim aloi hitam 20 inci
-kemasan luar hitam
-tempat duduk depan dengan ciri pemanas dan penyejuk
-upholsteri kulit
-sistem audio dengan 10 pembesar suara
Platinum

(tambahan kepada ciri Sport)
-aksen Satin Chrome di bahagian luar
-lampu utama LED Matrix
-rim aloi bersaiz 21 inci
-skrin infotainmen 12 inci dengan skrin kluster 12.4 inci
-sistem audio B&O dengan 12 pembesar suara
-sistem pencahayaan ambien
-tempat duduk baris kedua dengan ciri pemanas
-upholsteri kulit berlapis
-kamera 360 darjah
-active park assist