Ford Everest 2022 - 3 varian, 3 enjin, paling premium dalam pasaran

oleh HEZERI SAMSURI|
SUV menggunakan kerangka ladder seperti trak pikap adalah pilihan terbaik untuk mereka yang benar-benar mahukan prestasi "off-road" dengan kemewahan kereta sedan.

Contoh terbaik ialah Ford Everest, di mana ia menggunakan platform trak pikap Ranger Raptor tetapi mempunyai teknologi modern dan kabin yang selesa. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford baharu sahaja melancarkan Everest terkini yang menggunakan platform trak pikap Ranger paling baharu (yang belum dilancarkan di Malaysia pun).

Ford Everest 2022 direka untuk aktiviti lasak tetapi keselesaan ruang kabin yang maksimum, sama seperti model sebelumnya.

Di bawah ialah antara ciri-ciri dan fakta berkaitan Ford Everest 2022, SUV 7-tempat duduk yang lasak tetapi mewah.

1. Jarak roda yang lebih lebar (50mm) dan lebih panjang dari model sebelumnya.

2. Menggunakan DNA rekabentuk Ranger 2022, terutama lampu hadapan LED bentuk penyepit C dan gril yang agresif. 

3. Lampu hadapan jenis LED Matrix dengan fungsi mengikut arah selekoh (bending light) dan tidak menyilaukan mata.

4. Rel bumbung mampu menampung beban statik seberat 350 kg (untuk khemah bumbung contohnya) dan beban 100 kg ketika dipandu.

 

 

5. Datang dengan tiga pilihan enjin, enjin 3.0L V6 turbodiesel, enjin 2.0L turbodiesel (dua talaan) dan enjin 2.3L turbo petrol dan transmisi manual atau 10-kelajuan SelectShift automatik. Ia juga datang dalam tiga varian - Sport, Titanium+ dan Platinum.

6. Fungsi lampu zon di mana ia mempunyai lampu untuk menerangkan sekeliling bahagian luar Everest. Fungsi ini boleh dikawal melalui sistem SYNC 4A dari skrin sesentuh atau dari aplikasi smartfon FordPass.

7. Mampu menarik beban treler seberat 3,500 kg dengan sistem pengesan objek titik buta yang khusus untuk treler.

8. Sistem parkir ActivePark Assist 2.0 yang membolehkan ia parkir sendiri dengan satu sentuhan butang. Ia mengawa stereng, transmisi, pecutan dan brek untuk masuk ke ruang parkir!

 

 

9. Panel meter digital sebesar 8 atau 12.4 inci yang memaparkan pelbagai info termasuk mod pemanduan, navigasi dan lain-lain.

10. Tombol gear E-Shifter dan brek parkir elektrik untuk menjimatkan ruang kabin.

11. Skrin off-road gunakan kamera hadapan untuk bantu pemanduan offroad dengan paparan garis panduan, indikator diff lock, sudut stereng dan pelbagai informasi penting untuk pemanduan lasak.

12. Skrin sesentuh bentuk potrait sebesar 10.1 atau 12-inci di ruang tengah papan pemuka, lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto terhubung secara nirwayar. Juga dilengkapi dengan sistem operasi SYNC 4A dan boleh dihubungkan dengan aplikasi smartfon FordPass yang membenarkan anda membuka dan mengunci Everest ini menggunakan telefon.

 

 

13. Mod pemanduan termasuk Normal, Eco, Tow Haul dan Slippery untuk pemanduan biasa sementara Mud & Ruts dan Sand untuk mod offroad.

14. Dua sistem 4X4 termasuk transfer case 2-kelajuan elektronik untuk part-time 4WD dan Electromechanical Transfer Case (EMTC) 2-kelajuan untuk permanent 4WD. 

15. Everest mampu meredah air sedalam 800 mm.

16. Anda boleh meletakkan bateri 12V kedua di dalam ruang enjin untuk aksesori anda.

 

 

17. Sistem ADAS lengkap dengan kawalan jelajah adaptif, kawalan stereng yang membantu pemandu mengelak objek di hadapan, sistem kawalan jelajah bijak yang boleh menyesuaikan kelajuan kenderaan mengikut kelajuan yang dibenarkan pada jalanraya itu dan pelbagai fungsi canggih lain.

18. Ada sembilan beg udara, termasuk satu yang berada di antara pemandu dan penumpang hadapan (far-side airbag).

19. Ford Everest ini dipasang di Thailand untuk pasaran global. Malah, Thailand ialah kilang utama Ford untuk Everest dan juga Ranger.

20. Ford Everest kali ini dijangka akan melihat peningkatan harga yang sangat ketara kerana tarafnya yang semakin premium dengan pelbagai kelengkapan modern khusus untuk offroad.

 

 

Ford Malaysia akan membawa masuk Everest 2022 tetapi bila ia akan dilancarkan masih lagi menjadi tanda tanya. Ford Everest yang ada dalam pasaran Malaysia sekarang dijual dengan harga RM270,000, nyata jauh lebih mahal dari Toyota Fortuner tetapi Everest mempunyai pasarannya yang tersendiri.

Ford Malaysia juga faham pasaran Everest memang lebih spesifik dan kecil, tetapi ia wujud kerana akan sentiasa ada pembeli yang mahukan sesuatu yang lebih mewah, lebih lengkap dengan permainan teknologi dan keselesaan yang lebih ketara.

Sama-sama kita tunggu bila ia akan dilancarkan kerana dari rekabentuk sahaja, sudah ramai yang nampaknya tidak sabar-sabar untuk membeli Everest 2022 dan menarik trailer-home mereka!

Untuk sekarang, cuba lihat galeri gambar di bawah. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…