Ford Escort RS2000 Mk2 siap baik pulih, berapa anda sanggup bayar?

oleh Muhammad Md Tajudin|
FORD ESCORT RS2000 MK2
FORD ESCORT RS2000 MK2
Dunia automotif hari ini menyaksikan model kereta lama dan klasik diberi penghormatan tertinggi.

Model sebegitu dicari, dibaik pulih, disayangi serta dikagumi oleh para peminat.

Lebih menarik apabila ianya dijual pada harga tinggi dan berlawanan dengan prinsip susut nilai. 

Tidak hanya dibaik pulih, pengeluar mengambil inspirasi model lama untuk diadunkan pada model baharu mereka.

Satu dari model yang menjadi buruan ialah Ford Escort. Model ini bukan sahaja dibaik pulih malah diperbaharui untuk digunakan di dalam perlumbaan rali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
FORD ESCORT RS2000 MK2

 

Terbaru ada sebuah Ford Escort RS2000 Mk2 tahun 1979 dengan keadaan cemerlang dibuka untuk jualan di United Kingdom.

Jualan Escort ini dijadual berlangsung pada acara The Practical Classics Classic Car and Restoration Show Sale pada 25 September 2021.

Suatu yang menarik apabila Escort ini dibaik pulih oleh syarikat milik Richard Hammond dan rakannya.

Apa yang menarik tentang Escort ini?

Model RS2000 Custom merupakan sebuah kereta idaman dengan ciri menarik seperti bahagian depan unik jenis droop snoot dan hud mengembang.

 

FORD ESCORT RS2000 MK2

 

Menggerakan model ini ialah enjin Pinto 2.0 liter SOHC berkuasa 110 bhp. Daya pecutan dari 0 hingga 97 km/j (60 bsj) memerlukan 8.5 saat manakala kelajuan maksimum ialah 174 km/j.

Dari segi sejarah, unit ini asalnya dijual di UK dan kemudian dibawa Isle of Man dan selepas itu ke Ireland.

Suatu yang mengejutkan apabila bacaan odometer menunjukkan unit ini baru dipandu 131,267 kilometer.

Richard Hammond dan syarikatnya membeli unit ini pada awal tahun dan sempat dibawa ke pameran The London Classic Car Show sebelum dibaik pulih.

 

FORD ESCORT RS2000 MK2

 

Hasil tangan syarikat Richard Hammond begitu memuaskan hati dan kereta ini disiapkan dalam warna Midnight Blue.

Bahagian dalam pula cantik dengan warna kuning air (beige) dan disempurnakan oleh pakar dalaman terkenal Aldridge Trimmers di UK.

Lagi komponen baharu ialah suspensi depan, brek depan dan belakang.

Dengan hasil sebegini berapakah jangkaan harganya? Sekitar £35,000 hingga £40,000 atau bersamaan RM200,642 hingga RM229,305!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

FORD ESCORT RS2000 MK2