Ford Escort RS1600i ini terjual pada harga lebih RM216k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Escort RS1600i 1983
Ford Escort RS1600i 1983
Selepas memburu dan menikmati pelbagai model antik, kini tiba masa untuk mencari kereta klasik era 80-an seperti Ford Escort dan seangkatan dengannya.

Kereta 80-an adalah saksi kepada dua era dari segi reka bentuk dan teknologi.

Dengan gaya bersegi, kereta pada era tersebut masih kelihatan menarik dan menangkap mata walaupun menghampiri usia empat dekad.

Satu contoh yang menunjukkan kereta 80-an bernilai tinggi ialah Ford Escort RS1600i MkIII tahun 1983 yang dijual oleh platform bidaan dalam talian Car & Classic di United Kingdom.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Ford Escort RS1600i 1983

 

Berapa harganya? 40,250GBP atau bersamaan RM216,256.19. Nilai bidaan tersebut mencatatkan rekod harga tertinggi untuk sebuah Escort RS1600i yang dijual oleh Car & Classic.

Unit ini dibuat pada Januari 1983 dan siri terakhir untuk model yang dikeluarkan dari tahun 1981 hingga 1983 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,659 unit dalam tempoh tersebut.

Dibuat dari Escort MK3, model istimewa ini dibekalkan enjin 1.6 liter dengan transmisi manual lima kelajuan nisbah rapat (close ratio) dan suspensi talaan khas.

Dengan usia berpuluh tahun, unit ini hanya dipandu sejauh 130,839 kilometer (km).

 

Ford Escort RS1600i 1983

 

Satu daripada faktor yang menyumbang kepada harga tinggi ialah keadaan unit ini sendiri dengan dua kali kerja-kerja baik pulih dilakukan.

Kali pertama pada tahun 2011 hingga 2013 oleh pemilik terdahulu dan kali kedua melibatkan kerja-kerja mekanikal oleh pemilik sekarang.

Enjin telah dibina semula dan diubah suai mengikut spesifikasi 'fast road' dan sistem pencucuhan gegelung berkembar (twin-coil ignition) dikekalkan.

Kotak gear dibuka dan perkakasan berkenaan diganti. Selepas baik pulih yang terbaru, unit ini dipandu tidak sampai 1,000 km. 

 

Ford Escort RS1600i 1983

 

Pada bahagian luar, cat telah diganti mengikut warna asal dan bersama spoiler getah dan pelbagai logo membangkitkan kembali aura 80-an.

Bahagian dalam pula masih cantik dan papan pemuka yang biasanya merekah akibat cahaya matahari kekal elok pada unit ini.

Kerusi Recaro telah dibalut semula dan pelapik pintu juga nampak cantik.

Apa lagi yang istimewa? Dokumentasi berkaitan seperti buku dan resit tersimpan rapi dalam fail!

Penulis: Muhammad Md Tajudin