Ford Escort daripada emas 18 karat, perak dan berlian, kos lebih RM400K!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Orang kata barang kemas adalah keperluan wanita. Kereta pula adalah kegemaran sesetengah kaum lelaki dan apa terjadi apabila kedua-dua barang kemas dan kereta digabungkan?

Jawapannya ialah Ford Escort yang diperbuat daripada emas, perak dan berlian. Usah risau bahan yang mahal tersebut dicuri atau dikikis kerana Escort ini hanya kereta model skala 1:25.

Projek ini sebenarnya adalah hasil penat lelah bertahun-tahun Russell Lord yang merupakan seorang tukang emas profesional dan peminat kereta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
FORD ESCORT MADE OF GOLD, DIAMONDS AND SILVER

 

Beliau adalah peminat sejati Escort dengan 55 buah berada dalam simpanan. Menyiapkan Escort kecil ini memerlukan istiqamah yang tinggi apabila beliau bermula 25 tahun lalu.

Berikut ialah bahan yang digunakan pada Ford Escort tersebut:

  • Badan diperbuat daripada perak
  • Spoiler dan brek daripada emas
  • Tayar dan engsel bonet daripada emas 18 karat
  • Gril depan daripada emas putih 18 karat
  • Lampu utama daripada berlian 72 mata
  • Lampur isyarat belakang dan lampu brek belakang daripada nilam oren

Menurut Russell Lord projek ini sebenarnya adalah hobi beliau sebelum berazam untuk menyiapkannya tiga tahun lalu.

"Ini adalah hobi dan saya meluangkan masa sehinggalah tiga tahun lepas keazaman itu hadir bagi menyiapkannya. Saya kenal kereta ini dan sebenarnya tiada pelan dan hanya membina daripada asas dan satu persatu," ujar Russell Lord.

 

FORD ESCORT MADE OF GOLD, DIAMONDS AND SILVER

 

Kereta skala ini dibina berdasarkan kereta rali Escort Mk2 yang dipandu Ari Vatanen lewat 70an dan berapakah kos untuk membinanya?

Bahan-bahan sahaja berjumlah GBP 78,000 atau bersamaan RM 416,462. Russell Lord mempunyai hasrat murni dengan kereta mewah beliau apabila dengan menghantar bidaan di laman web themarket.co.uk pada 2 Mei 2019.

Kesemua keuntungan akan diderma kepada badan kebajikan.

*1 GBP = RM 5.339

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Berita Global
  Berapa harganya? 40,250GBP atau bersamaan RM216,256.19. Nilai bidaan tersebut mencatatkan rekod…
Berita Global
  Terbaru ada sebuah Ford Escort RS2000 Mk2 tahun 1979 dengan keadaan cemerlang dibuka untuk…