Ford E-Transit 2022 - van kargo elektrik, RWD, jarak operasi 350 km

oleh Mohamad Hanif|
Model van kargo yang paling laris terjual di seluruh dunia, Ford Transit kini boleh didapati dalam versi elektrik sepenuhnya, menerusi pengenalan model E-Transit 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran Amerika Utara, Ford menawarkan sehingga lapan konfigurasi yang boleh dipilih, termasuklah tiga ketinggian bumbung yang berbeza, tiga dimensi panjang, model cab casis dan model cutaway, di mana kesemuanya menampilkan trenkuasa elektrik pacuan roda belakang.

Trenkuasa elektrik yang dimaksudkan terdiri daripada pek bateri 67 kWh yang diposisikan di bahagian bawah badan, dan menyalurkan kuasa kepada motor elektrik tunggal yang menghasilkan 266 kuasa kuda dan 429 Nm.

 


Jarak operasi adalah sejauh 350 km mengikut data kitaran WLTP.

Tiada sebarang perbezaan dari segi dimensi ditawarkan, di mana E-Transit mampu memuatkan sehingga 13,800 liter muatan kargo untuk versi jarak roda panjang dan bumbung tinggi, muatan maksimum sehingga 1,723 kg sehingga 1,946 kg untuk varian cutaway.

E-Transit juga turut mengekalkan posisi cagak pemasangan terbina bagi memudahkan pemasangan pelbagai jenis rak dan aksesori sama yang terdapat pada model Transit standard.

 


Terdapat opsyen Pro Power Onboard yang menjadikan E-Transit sebagai unit penjana tenaga mudah alih bagi menjana pelbagai jenis peralatan pertukangan atau elektronik di tempat kerja.

Menurut Ford, E-Transit mampu menawarkan kos penyelenggaraan 40 peratus jauh lebih jimat untuk tempoh lapan tahun atau jarak perbatuan 161 ribu km jika dibandingkan dengan Ford Transit berenjin pembakaran dalaman.

Ford E-Transit boleh dicaj dengan menggunakan kedua-dua pengecasan AC dan pengecasan pantas DC, dengan masa sekitar lapan jam menggunakan solusi pengecasan di rumah, atau sekitar 15 minit dengan jarak operasi 72 km dengan menggunakan pengecasan pantas DC 115 kW.

 


Antara ciri unik yang ada pada E-Transit 2022 adalah warna aksen biru pada gril, sistem infotainmen SYNC 4, sistem navigasi berasaskan awan, model 4G LTE, serta kemaskini over-the-air.

Ciri keselamatan Ford Co-Pilot360 pula merangkumi pelbagai komponen seperti Bantuan Kekal Laluan, Bantuan Pra-Pelanggaran, Brek Kecemasan Automatik, Kawalan Pemanduan Adaptif Pintar, Bantuan Pengesan Papan Tanda, Bantuan Kelajuan Pintar, Sistem Informasi Titik Buta, kamera 360 darjah dan Bantuan Brek Mengundur.

Untuk pasaran Amerika, harga jualan Ford E-Transit 2021 bermula serendah $45,000 (RM186,030).

 

E-Transit