Ford Driving Skills for Life galak sikap pemanduan berhemah

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Ford di Malaysia baru-baru ini melancarkan program latihan pemanduan berhemah Driving Skills for Life (DSFL) di Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebahagian daripada usaha Ford dalam menggalakkan sikap pemanduan berhemah, dan kesedaran tentang keselamatan jalan raya di Malaysia. 

Lebih daripada 80 pelanggan Ford serta orang ramai mengambil bahagian dalam bengkel yang merangkumi sesi teori dan praktikal. 

 


Sebanyak empat sesi dijalankan pada 16-17 November yang lalu bertempat di SDAC cawangan Kota Kinabalu dan juga di Stadium Likas. 

Bengkel tersebut dianjurkan bersempena dengan acara 'CarList.my DRIVE: Off-road Edition 2019' membolehkan orang ramai menimba pengetahuan tentang keselamatan jalan raya, serta kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk pemanduan yang lebih selamat serta membantu mengurangkan kemalangan maut dan juga kecederaan.

Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion berkata, "kami di SDAC komited dalam memastikan rakyat Malaysia bersedia dengan pengetahuan tentang pemanduan selamat, dan atas sebab itu kami memutuskan untuk membawa program ini ke Sabah dan Sarawak."
 


Bengkel tersebut merangkumi pelbagai risiko yang dihadapi oleh pemandu dan latihan difokuskan kepada empat bahagain penting: 

•    Gangguan – Membuat keputusan bijak semasa memandu untuk menghadkan gangguan dan sentiasa fokus dalam pemanduan

•    Mengenali situasi bahaya – Bagaimana untuk mengenali potensi bahaya di persimpangan dan zon-zon selamat

•    Pengurusan had laju dan jarak – Belajar bagaimana untuk menyesuaikan had laju dan jarak sekeliling, di hadapan dan belakang sambil mengelak dari dilanggar

•    Kawalan kenderaan – Memahami kemampuan kenderaan dan belajar untuk mengawal kenderaan dengan lebih baik dengan mengoptimumkan ciri ciri keselamatan seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Sistem Parkir Separa Selari (SAPP), Amaran Perlanggaran Hadapan dan Amaran Keluar Lorong.
 


Kemalangan akibat kebolehan pemanduan yang terganggu selepas pengambilan minuman beralkohol dan ubat-ubatan turut diterapkan di dalam program tersebut.

Ini dicapai melalui pemakaian cermin mata khusus yang memberikan peserta pengalaman memandu dengan daya penglihatan, pergerakan dan koordinasi yang terganggu.

Selepas 16 tahun diwujudkan, Driving Skills for Life oleh Ford telah memberikan latihan percuma kepada lebih daripada sejuta pemandu-pemandu baharu di 40 buah negara, yang melibatkan pelaburan melebihi $50 juta. Ia juga menyerlahkan komitmen Ford dalam menggalakkan keselamatan jalan raya.