Ford dilaporkan serius bangunkan trak pikap Focus

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada trak pikap Ford Ranger yang kini meniti di bibir para peminat automotif, Ford dilaporkan sedang fokus untuk membangunkan trak pikap bersaiz kecil menggunakan asas platform daripada Focus baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Ford Authority, projek yang sudah dijalankan berbulan-bulan yang lalu kini sudah menghampiri fasa pengujian di dunia sebenar. 

Memandangkan asas daripada sebuah Ford Focus, trak pikap kecil ini bakal berkongsi peralatan dan mekanikal yang serupa dengan tambahan cargo bed di bahagian belakang, menyerupai model Courier yang pernah dipasarkan sebelum ini. 
 


Nama Courier pula sudah hampir pasti bakal digunakan kembali memandangkan pada tahun 2016, Ford sudah pun memfailkan pendaftaran paten nama tersebut dan pada 26 Jun yang lalu, U.S. Patent and Trademark Office akhirnya meluluskan penggunaan nama Courier. 

Sebagai maklumat tambahan, model Courier yang terdahulu menggunakan platform daripada Ford Fiesta.