Ford dilapor bakal henti 8 ribu pekerja untuk dana pembangunan EV

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga lapan ribu pekerja Ford bakal berdepan dengan masa depan yang gelap disebabkan syarikat itu mahu memfokuskan kepada pembangunan kenderaan elektrik.

Menurut laporan daripada Bloomberg, langkah pemberhentian pekerja itu akan bermula pada musim panas ini secara berperingkat, dan bakal melibatkan beberapa pangkat gaji dengan pelbagai fungsi operasi yang berbeza, di mana majoritinya merupakan pekerja yang bernaung di bawah Ford Blue.

Dalam pada itu, Ford menolak untuk memberikan penjelasan berhubung langkah terbaharu itu, sekadar menjawab mereka sedang mencari jalan untuk mengurangkan kos dan meluaskan lagi kehadiran EV mereka di dalam pasaran.

Menurut ketua pegawai komunikasi Ford, Mark Truby menjelaskan, "untuk itu, kami telah meletakkan sasaran yang jelas untuk mengurangkan struktur kos kami bagi memastikan kami lebih berdaya saing di dalam industri.

Ford sebelum ini mendedahkan pihaknya akan menggandakan pelaburan EV kepada $50 bilion dan merancang untuk membina 2 juta kenderaan elektrik setahun menjelang 2026.

Untuk itu, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada divisyen Ford Blue yang bertanggungjawab terhadap model-model berenjin pembakaran dalaman.

"Sumber dana $50 bilion itu adalah berdasarkan operasi utama automotif kami," jelas Farley lagi.

"Disebabkan itu, kami mencipta satu kumpulan berasingan yang digelar Ford Blue, kerana kami mahukan mereka untuk menjadi satu entiti yang lebih menguntungkan untuk menyalurkan dana kepada EV.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding F-150, trak pikap Super Duty ini amat mudah untuk dikenali berdasarkan rekaan yang lebih…
Berita Global
Berdasarkan laporan daripada The Wall Street Journal, Ford terpaksa mengangguhkan sementara…
Berita Global
  Siri model perlumbaan itu didedahkan pada 14 September, hari yang sama Mustang 2024 dan Mustang…