Ford dedah teaser rasmi trak generasi baharu Ranger 2023

oleh Mohamad Hanif|
Ford akhirnya mendedahkan secara rasmi video teaser generasi baharu trak pikap Ford Ranger 2023 yang bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Video berdurasi satu minit 19 saat itu memaparkan trak pikap yang masih lagi berselubung dengan pelekat samaran diuji dalam pelbagai kondisi pemanduan seperti jalan berlumpur, padang pasir, laluan berbatu, laluan bersalji dan tidak ketinggalan laluan off-road.
 

Ranger


Menerusi video teaser ini, Ford sememangnya mahu membuktikan generasi baharu trak pikap Ranger berkeupayaan tinggi untuk menawan apa jua laluan dengan mudah, malah lebih berkeupayaan berbanding generasi terkini.

Disebalik wajah yang penuh dengan pelekat samaran itu juga kita dapat melihat secara kasar muka Ranger generasi baharu yang dimulakan dengan unit lampu LED yang menyamai trak pikap unibodi Maverick, serta jaluran lampu nyalaan siang LED.
 

Ranger


Tiada sebarang petanda bilakah Ford akan melancarkan trak pikap ini secara rasmi, namun besar kemungkinan Ford akan melancarkannya menjelang akhir tahun ini sebagai model tahun 2023.

Selain daripada varian prestasi tinggi Ranger Raptor yang dilaporkan hadir dengan enjin 3.0 liter V6 (400 hp), Ranger juga dijangka hadir dengan versi plug-in hybrid yang menggunakan enjin 2.3 liter petrol digandingkan dengan motor elektrik dengan kuasa keseluruhan 362 hp dan 680 Nm menjelang tahun 2024.

Sebagai makluman, sebelum ini Ford dan Volkswagen telah mengadakan kerjasama bagi membangunkan trak pikap Ranger generasi baharu, bermakna Volkswagen Amarok generasi baharu bakal berkongsi platform dengan Ranger 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana Ford dengan baik hatinya melancarkan program pengalaman pemanduan yang menyeluruh dengan…
Berita Global
Transit Custom Nugget dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan untuk menjadikannya teman percutian…
Berita Global
Nama Mustang GTD tu diambil bersempena dengan kelas perlumbaan IMSA GTD, di mana kebanyakan jentera…