Ford daftar tanda dagang mod pemanduan offroad 'G.O.A.T'

oleh Mohamad Hanif|
Satu terma pelik hadir di pejabat pendaftaran paten di Amerika Syarikat pada 25 Mac yang lalu dan pendaftaran ini dibuat sendiri oleh Ford.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terma mod pemanduan G.O.A.T ini dikesan oleh Ford Authority dan ia didefinisikan sebagai 'sistem pemanduan yang terdiri daripada kawalan automatik untuk casis dan juga trenkuasa yang diintergrasikan sebagai sebahagian daripada sistem kenderaan'.

Terma G.O.A.T ini secara ringkasnya merupakan akronim kepada nama mod pemanduan yang masih belum diketahui nama penuhnya.

Besar kemungkinan juga Ford merujuk terma G.O.A.T ini kepada spesies kambing gunung yang memiliki keupayaan untuk mendaki bukit-bukit yang curam melebihi 60 darjah, terima kasih kepada ciri yang membenarkan kadar cengkaman yang lebih kuat pada kaki kambing tersebut.

Jadi, tidak mustahil nama tersebut dipilih, di mana setiap huruf di dalam 'G.O.A.T' itu mewakili ciri dan keupayaan yang ada pada mod pemanduan off-road tersebut.

Ford juga kini mempunyai beberapa buah model crossover yang boleh dilengkapkan dengan ciri G.O.A.T ini seperti contoh Bronco dan juga Bronco Sport yang bakal dilancarkan kelak, atau model-model trak pikap off-road sedia ada.