Ford daftar paten tip ekzos boleh laras untuk pemanduan off-road

oleh Mohamad Hanif|
Untuk sesebuah kenderaan yang dikhususkan untuk laluan off-road, ia perlu mempunyai sudut mendatang, sudut pelepasan dan sudut breakover yang mencukupi untuk memudahkan urusan pemanduan melepasi halangan bentuk muka bumi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ford baru-baru ini diberitakan telah mendaftarkan permohonan paten 'retractable tail pipe for vehicle exhaust system' di US dan Jerman yang membolehkan tip ekzos dilaras kedudukannya bagi menambahbaik sudut pelepasan.

Menurut keterangan, sistem ekzos ini mempunyai mekanisme tip ekzos yang boleh ditarik ke dalam bagi mengurangkan dimensi panjang, sekaligus menambah sudut pelepasan sesebuah kenderaan.
 

Ford


"Sudut pelepasan kebanyakan kenderaan off-road adalah jauh lebih kecil berbanding sudut mendatang. Disebabkan sudut pelepasan yang kecil, pemanduan off-road mampu mengakibatkan calar, hentakan atau lebih teruk perubahan bentuk pada tip ekzos.

"Ini mampu memberikan impak negatif terhadap cara pelanggan menilai keupayaan sebenar kenderaan tersebut.
 

Ford


Dengan adanya mekanisme yang bijak ini, Ford mampu meningkatkan keupayaan off-road kebanyakan model SUV dan trak pikap tanpa perlu melakukan perubahan terhadap rekaan asal.

Tiada sebarang petanda sistem ini bakal memasuki fasa produksi dalam masa terdekat.

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…