Ford daftar paten nama 'SKYLINE' di US

oleh Mohamad Hanif|
Bila sebut pasal Skyline, semua orang tahu ia berasal dari Nissan walaupun pada ketika ini Skyline sudah pun lama dipisahkan daripada lencana GT-R dan terdapat ura-ura model sedan tersebut menunggu masa untuk dihentikan produksi disebabkan permintaan yang semakin merudum.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Namun nun jauh di Amerika Syarikat, Ford diberitakan telah mendaftarkan paten nama "SKYLINE" di pejabat US Patent and Trademark Office bertarikh 12 Julai 2021.

Menurut laporan daripada Ford Authority, tanda dagang SKYLINE dengan nombor siri 90823372 itu didaftarkan di bawah kategori "kenderaan bermotor seperti SUV, trak dan automobil" namun pada ketika ini hanya Ford sahaja yang tahu tujuan nama tersebut bakal digunakan kelak.

Lebih menarik lagi, Ford sebelum ini tidak pernah menggunakan nama Skyline, sebaliknya mereka pernah menggunakan nama Skyliner untuk model-model seperti Ford Crestline Skyliner 1954, Ford Fairlane Crown Victoria Skyliner (1955-1956), Ford Fairlane 500 Skyliner (1957-1959), dan Ford Galaxie Skyliner (1959) sebelum nama Skyliner itu digunakan kembali untuk model konsep Ford Transit Skyliner 2015.

Sebagai perbandingan, nama Skyline telah digunakan oleh Prince Motor sebelum ia bergabung dengan Nissan pada tahun 1967.

Sehingga kini, Nissan Skyline mempunyai 13 generasi sedan yang telah dihasilkan, termasuklah model-model pantas Skyline GT-R (R31, R32, R33, R34) dan sebuah model SUV Skyline Crossover yang dihasilkan pada tahun 2009.

Sumber: Ford Authority

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana Ford dengan baik hatinya melancarkan program pengalaman pemanduan yang menyeluruh dengan…
Berita Global
Transit Custom Nugget dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan untuk menjadikannya teman percutian…
Berita Global
Nama Mustang GTD tu diambil bersempena dengan kelas perlumbaan IMSA GTD, di mana kebanyakan jentera…