Ford daftar paten baharu - kawal kereta autonomi guna peranti pintar umpama bermain game

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang membesar dengan permainan mudah alih kereta seperti Need For Speed, Dirt, Grid dan sebagainya, sudah tentu anda mahir untuk mengendalikan kenderaan maya di dalam permainan tersebut menggunakan kayu ria (joystick) atau sekurang-kurangnya papan kekunci.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan sedikit masa diperlukan untuk menyesuaikan diri kepada sistem kawalan realiti-ke-maya, anda sebagai pelumba handalan berjaya melakukan beberapa aksi seperti kansei drift, handbrake u-turn, dan memintas lawan di selekoh. 

Itu perihal dunia permainan video, bagaimana pula dengan dunia nyata?
 


Melihatkan kepada kemungkinan manusia juga perlu mengambil alih kawalan daripada kereta swapandu tahap keempat dan kelima, Ford mengambil keputusan untuk mendaftarkan paten penggunaan peranti pintar sebagai 'stereng pengganti'. 

Menerusi paten ini, pemilik kenderaan boleh mengambil alih kawalan kenderaan dan memandu (sekiranya tidak disertakan dengan stereng sebagai peralatan standard kilang) hanya menerusi sentuhan pada telefon pintar. 

Bayangkan anda bermain game perlumbaan di dalam telefon pintar, begitulah keadaannya ketika mengambil alih tugasan kereta swapandu di dunia yang sebenar. 

Walaupun bunyinya sedikit menakutkan memandangkan kalibrasi antara sistem peranti pintar sangat berlainan dengan sistem stereng sebenar, Ford menyatakan ia hanya berfungsi dalam keadaan tertentu sahaja dan bukannya kawalan pemanduan secara keseluruhannya. 
 


Sebagai contoh, ketika anda memasuki kawasan yang asing, atau milik peribadi di mana sistem komputer tidak mempunyai sebarang data terhadap lokasi tersebut, 'pemandu' boleh mengeluarkan telefon pintar dan mengambil alih seketika tugasan menukar laluan sekiranya keadaan memerlukan. 

Kedengaran agak mustahil dan pelik, akan tetapi sistem ini dibangunkan disebabkan kerisauan yang dilontarkan oleh Ford terhadap kerentanan sistem swapandu tahap seterusnya (selepas tahap 4 dan 5) pada masa akan datang di mana tiada lagi sebarang input kawalan oleh manusia dibenarkan oleh sistem komputer. 

Bagaimana cara anda untuk mengelakkan kereta swapandu anda daripada digodam pihak ketiga, sekiranya tetapan OEM tidak membenarkan sebarang aksi ambil alih kawalan kenderaan secara lalai (default)?
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…