Ford daftar hak dagangan 'Mustang Mach-E" untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|

Desas desus berkenaan crossover elektrik Mustang yang berlegar di internet semakin menarik apabila sedikit butiran lanjut berkenaan model tersebut didapati menerusi carian di pejabat pendaftaran hak intelek Eropah. 

Menurut laman web CarScoops, carian yang diperoleh dari European Union Intellectual Property Office mendedahkan bahawa 1 April lalu, Ford mendaftarkan hak dagangan 'Mustang Mach-E'. 

Mustang crossover (berkemungkinan besar nama Mustang Mach-E) berkuasa elektrik sepenuhnya sudah pun dirancang pembangunannya oleh Ford dan dikatakan ia merupakan tribut kepada model original Mustang Mach 1. 
 


Ia juga sedikit menggegarkan dunia automotif apabila Pengerusi Eksekutif Ford, Bill Ford menggambarkan prestasi crossover EV tersebut "is going to go like hell."

Sebelum ini, Ford sudah mengesahkan bahawa crossover EV Mustang ini bakal mempunyai jarak operasi sejauh 600 km namun masih merahsiakan butiran seperti saiz pek bateri, konfigurasi motor elektrik dan sebagainya. 

Apakah pendapat anda berkenaan crossover EV yang bakal memakai lencana Mustang berwarna biru terang ini?

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ini tidak termasuk laluan longkang sekeliling rumah untuk anda berlumba bersama rakan anda. …
Berita Global
Manakan tidaknya, ia merupakan sebuah prototaip Ford Mustang Lithium - dan seperti nama yang…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan industri kereta pantas dunia, apabila masing-masing kini berlumba untuk…