Ford daftar empat paten rekaan gril hadapan baharu

oleh Mohamad Hanif|
Memasuki pertengahan tahun, Ford nampaknya sudah mula sibuk mempersiapkan diri untuk pelancaran model-model baharu seperti Bronco, F-150, serta Ford Mustang Mach 1 2021 yang kini sedang giat diuji.
Modenas

Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh Ford Authority menerusi pejabat pendaftaran paten Amerika Syarikat, Ford dilihat telah mendaftarkan empat jenis paten gril hadapan yang berlainan untuk kegunaan model-model baharu akan datang.

Berdasarkan pendaftaran yang dibuat pada 29 Mei yang lalu, terdapat empat rekaan berbeza yang didaftarkan di mana dua daripadanya merupakan jenis gril yang sesuai untuk dipasang pada model-model SUV.

Malah, salah sebuah daripadanya menampilkan rekaan mesh yang mengingatkan kita terhadap model asal Escape dan SUV-SUV Ford daripada awal tahun 2000-an.

Manakala selebihnya merupakan rekaan gril yang dikhususkan untuk dipasang pada model kenderaan yang lebih besar saiznya, seperti trak pikap F-150 dan F-250.

Besar kemungkinan kita akan dapat melihat pemasangan rekaan gril serba baharu ini pada model-model seperti Bronco, Bronco Sport atau generasi baharu F-150 kelak.

Ini kerana Ford dilaporkan menjadualkan pelancaran trak pikap generasi baharu F-150 pada penghujung bulan ini, sementara Ford Bronco pula menjelang bulan hadapan.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Model konsep Bronco Overland ini diperlihatkan secara rasmi pada acara perjumpaan terbesar pemilik…
Berita Global
Jumlah tersebut dilihat turut merangkumi 7,000 unit model First Edition, di mana pihak Ford…
Berita Global
Sebagai perbandingan, jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh VW sebenarnya jauh melebihi…