Ford Cortina 1600L Estate ini dipandu tak sampai 8 ribu km sejak 1977!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Cortina 1600L Estate MkIV
Ford Cortina 1600L Estate MkIV
Membaca kisah kereta klasik yang tersimpan puluhan tahun di dalam garaj atau bangsal memang mengasyikkan.

Sebagai contoh Proton Iswara tahun 1994 yang baru-baru ini ditemui tersimpan di dalam sebuah bangsal di United Kingdom.

Lebih mengujakan apabila Proton Iswara tersebut berada di dalam keadaan yang cemerlang.

Ini pula sebuah Ford Cortina 1600L Estate MkIV (generasi keempat) tahun 1977 yang hanya dipandu sejauh 7,711km sahaja.

Cortina ini bukan ditemui di dalam bangsal tetapi digunakan seperti biasa dan jarang dipandu oleh pemiliknya, seorang wanita warga emas di UK. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Cortina 1600L Estate

 

Cortina yang berada di dalam keadaan asal ini akan ditawarkan untuk bidaan oleh Car & Classic di UK secara dalam talian bermula 30 September 2021.

Cortina MkIV diperkenalkan pada September 1976 dan menggantikan MkIII coke bottle (bentuk mengecil di tengah seperti botol coke). 

Model ini ditawarkan di dalam tiga gaya badan iaitu dua pintu, empat pintu dan estate (wagon) dan dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.3 liter hingga 2.3 liter V6.

Cortina MkIV adalah model yang sangat popular, sebanyak 1,131,850 unit telah dihasilkan dan tahun 1979 merupakan tempoh terbaik dengan penguasaan 11.3 peratus jualan kereta baharu di UK.

 

Ford Cortina 1600L Estate

 

Cortina MkIV pada hari ini adalah kereta yang sangat rare dan tidak sampai 70 buah direkodkan di atas jalan di UK dan hanya dua model 1600L tahun 1977.

Unit yang ditawarkan untuk bidaan ini dipasang di Lisbon, Portugal.

Bahagian bawah unit ini berada di dalam keadaan baik dengan permukaan yang bersih dan kemas pada bahagian lantai, suspensi dan rangkaian kuasa.

Penutup jumpelang (rocker cover) enjin masih dengan warna biru asal dan bahagian dalam kereta pula berada di dalam keadaan baik tanpa rekahan pada papan pemuka.

 

Ford Cortina 1600L Estate

 

Cumanya ada sedikit celaan cat pada bonet dan pintu belakang hasil dari balutan yang digunakan untuk menukar unit ini kepada kereta polis Dubai sewaktu penggambaran sebuah filem.

Menjadikan unit ini lebih sempurna ialah pelbagai kelengkapan seperti buku servis, manual pemilik, kunci pendua, dan penghadang lumpur (mud flap) yang tidak pernah dipasang.

Bila lagi boleh jumpa kereta dalam keadaan begini? Memang rare habis!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford Cortina 1600L Estate