Ford cipta keyfob dengan mod tidur - solusi mudah elak kecurian kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kes kecurian di kalangan kenderaan baharu, terutama yang hadir dengan ciri kemasukan tanpa kunci semakin meruncing terutama di bandar-bandar besar seluruh dunia. 

Mungkin tidak ramai yang tahu, namun Ford telah menghasilkan satu solusi mudah bagi mengatasi kes kecurian kenderaan - mereka merevolusikan semula rekaan key fob. 

Muslihatnya cukup mudah: Ford mengemas kini key fob bagi model kenderaan paling popular (Fiesta dan Focus) dengan ciri mod tidur. 
 


Mod tidur hanya akan diaktifkan apabila sistem pengesan pergerakan yang terpasang pada key fob tidak mengesan sebarang pergerakan lebih daripada 40 saat. 

Ini bermakna, selepas tempoh masa 40 saat, isyarat lemah yang terpancar akan dimatikan dan mampu mengelakkan daripda dibaca oleh peranti yang digunakan oleh pencuri untuk 'membaca' isyarat tersebut.

Key fob hanya akan keluar daripada mod tidur apabila sistem pengesan pergerakan mendapati pemilik sedang bergerak ke arah kereta. 

Menurut Ford, mereka akan mula melengkapkan ciri anti-pencuri ini kepada semua model Ford menjelang tahun 2021, dan buat pemilik Focus 2019 baharu akan turut menerima ciri ini pada kenderaan mereka.  
 


Manakala bagi pemilik Ford Fiesta dan Focus yang terkini pula masing-masing akan dikenakan bayaran sebanyak £65 (RM351) dan £72 (RM389) untuk kunci baharu dan tetapan program baharu yang akan memakan masa kira-kira sejam. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, peredaran zaman kini menyebabkan evolusi kunci menjadi semakin kompleks, dan semakin pintar…
Berita Global
Namun begitu, teknologi akses tanpa kunci ini walaupun dilihat menyenangkan, ia tidak begitu…
Berita Global
Melalui kunci digital ini, para pengguna akan diminta untuk memuat turut perisian 'kunci digital'…