Slot yang dijadualkan pada 26 Mac 2022 ini merupakan pakej bimbingan pengalaman off-road selama sehari yang meliputi laluan jalan raya serta laluan off-road di Sekitar Sepang.
Pemilik Ranger dan Ranger Raptor akan diberikan sesi latihan berkenaan tip dan teknik pengendalian, pengalaman praktikal autocross atas jalan bertar, kursus off-road 4x4 dan kursus Baja yang memperlihatkan kehebatan sebenar Ranger Raptor.
Peserta juga dapat merasi pengalaman hot lap Baja bersama jurulatih.

Pelanggan yang berminat juga boleh menikmati promosi pelancaran istimewa berupa diskaun sebanyak 50 peratus dan boleh membawa teman secara percuma.
Menurut Turse Zuhair, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford berkata, "Melalui program Ford Ranger Getaways, kami mahu menyediakan platform kepada para pemilik untuk meneroka potensi dan kebolehan sebenar trak pikap Ranger mereka.
"Ford Ranger Getaways ini bukan sahaja menawarkan pengalaman unik Live The Ranger Life, malah kami dapat membantu sektor pelancongan tempatan yang sebelum ini terjejas akibat pandemik," tambahnya lagi.