Ford Bronco tidak akan hadir dalam versi pemanduan sebelah kanan

oleh Mohamad Hanif|
SUV off-road yang digilai ramai pada ketika ini, Ford Bronco nampaknya tidak akan hadir dalam versi pemanduan kanan (RHD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia disahkan sendiri oleh ketua eksekutif Ford Australia, Andrew Birkic dalam satu temubual dengan Carsguide baru-baru ini, walaupun sebahagian daripada pembangunan Ford Bronco bertempat di negara itu.

"Tidak akan ada versi pemanduan sebelah kanan. Sebagai pekerja Ford, kami fikir ia sebuah produk yang menakjubkan. Namun sayangnya, ia tidak dibina untuk negara pemanduan sebelah kanan," ujar beliau.

 


Hal ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada pengarah komunikasi korporat Ford Motor Company International Market Group, Sinead Phipps yang menyatakan 'ia tidak masuk akal dari sudut kewangan' ketika ditanya kenapa Ford Bronco tidak dipasarkan di negara-negara yang meminati kenderaan 4x4 dan pemanduan sebelah kanan.

"Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada ketua pembangunan sesebuah kenderaan. Anda harus mampu untuk membuat lebih banyak wang daripada program itu, dan anda harus mempunyai bilangan pelanggan yang cukup bersedia untuk membelinya.

"Ya, saya setuju ia sebuah produk yang bagus, namun (untuk versi pemanduan kanan), ia adalah tidak masuk akal.

 


Ini bermakna, negara-negara seperti Australia, Jepun, Malaysia dan UK bukan sahaja tidak akan dapat merasai Ford Bronco, malah model yang lebih kecil Bronco Sport juga tidak akan ditawarkan dalam versi yang serupa.

Beberapa bulan yang lalu, ketua pereka bagi Ford Bronco dan Bronco Sport menjelaskan, "kami mengoptimasikan Bronco dengan konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD), namun kami tidak pernah mengenepikan konfigurasi pemanduan sebelah kanan.

"Namun, buat masa ini kami memfokuskan kepada Bronco pemanduan sebelah kiri terlebih dahulu.

Sumber: Carsguide

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…