Ford Bronco Sport raih kemenangan di Rebelle Rally

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun diposisikan di bawah model Bronco, ia tidak bermakna SUV Ford Bronco Sport tidak memiliki keupayaan off-road yang sebenar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini dibuktikan menerusi kemenangan pertama Ford Bronco Sport dalam kejuaraan Rebelle Rally Edisi Kelima, satu acara perlumbaan off-road yang disertai oleh pasukan wanita sahaja.

Menurut Mark Grueber, pengurus pemasaran jenama Bronco berkata, "sekadar menghabiskan Rebelle Rally merupakan satu pencapaian yang cukup impresif, dan kami amat berbangga dengan pencapaian ketiga-tiga pasukan Bronco Sport.

 


"Keputusan ini jelas menunjukkan keupayaan yang diberikan oleh Bronco Sport baik untuk pelumba berpengalaman dan juga pelumba pemula off-road.

Ford Bronco Sport 2021 memenangi kelas X-Cross dalam Rebelle Rally, dengan pemandu professional Shelby Hall dan jurupandu Penny Dale.

Peserta Rebelly Rally perlu memandu sejauh 1,931 km merentasi laluan off-road gurun Nevada dan California, selain bergantung kepada sistem navigasi peta fizikal dan kompas untuk memenangi perlumbaan tersebut.

 


Selain pasukan Hall dan Dale, pasukan kedua Bronco Sport pula berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat kelima di tangan pemandu novis off-road Jovina Young dan pegawai pemasaran Bronco Erica Martin.

Pasukan ketiga Ford Bronco Sport pula berjaya menduduki tangga keenam dengan jentera yang dipandu oleh Elana Scherr dan Betsy Anderson.

Sementara itu, Ford sebelum ini mengumumkan pengedaran SUV off-road Bronco Sport menjelang akhir tahun ini, sementara model Bronco yang lebih serius pula pada tahun hadapan.

Harus diingat, Ford Bronco dan Bronco Sport hanya khusus untuk pasaran Amerika Syarikat setakat ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia disahkan sendiri oleh ketua eksekutif Ford Australia, Andrew Birkic dalam satu temubual dengan…
Berita Global
Ini kerana, untuk tempoh suku keempat tahun lalu, Ford telah berjaya mengedarkan kira-kira 5,120…
Berita Global
Melihatkan kepada sambutan hangat tersebut, ramai juga yang menanti-nantikan kehadiran SUV off-road…