Ford Bronco Raptor bakal tiba tahun depan, kuasa setinggi 400 hp, 562 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
SUV off-road yang sangat popular di negara kelahirannya itu, Ford Bronco bakal mendapat versi berprestasi tinggi Bronco Raptor tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut diperlihatkan adalah video teaser yang memaparkan sekilas lalu rupa paras hadapan SUV pantas ini, serta keupayaannya untuk menerbangkan debu-debu di padang pasir.

Berdasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, Ford dijangka menawarkan Bronco Raptor dalam dua trim yang berbeza, di mana trim tertinggi bakal mendapat kelengkapan seperti roda stereng dengan ciri pemanas, slot pengecasan peranti pintar nirwayar, GPS, kawalan jelajah adaptif, serta sistem bunyi keliling dengan 10 pembesar suara.

Kuasa pula datang dari enjin 3.0 liter bentangan V6 EcoBoost yang diperoleh daripada Explorer ST, dan mampu menghasilkan kuasa setinggi 400 hp dan 562 Nm, satu peningkatan ketara berbanding penawaran enjin 2.7 liter V6 sedia ada.

Beberapa keping gambar intipan dari media luar juga turut mencadangkan Bronco Raptor memiliki penampilan yang lebih agresif, lebih lebar, serta kod cat unik Code Orange.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model standard, Ford Bronco Raptor 2022 kini jauh lebih lebar 25 mm (ukuran lebar 2,…
Berita Global
Baru-baru ini, laman web The Bronco Nation telah berjaya mengesan kelibat Ford Bronco Raptor 2023…