Ford Bronco Raptor 2023 dikesan - penampilan lebih agresif

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diberitakan sebelum ini, keluarga Raptor Ford bakal mendapat ahli baharu menerusi model SUV off-road Ford Bronco.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, laman web The Bronco Nation telah berjaya mengesan kelibat Ford Bronco Raptor 2023 yang masih lagi memakai pelekat samaran sedang diuji di laluan off-road yang tidak didedahkan lokasinya.
 

Bronco


Tidak seperti penawaran varian Bronco sedia ada, versi Raptor membawakan pakej prestasi off-road yang lebih serius, dimulakan dengan kit badan yang lebih lebar, tayar off-road 37 inci dan sudah semestinya sistem suspensi yang lebih tahan lasak.

Ahli baharu Raptor ini dikatakan bakal mendapat nadi EcoBoost V6  yang mampu menghasilkan 310 kuasa kuda dan 532 Nm, dengan padanan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
 

Bronco


Turut dikesan pemasangan gril depan yang lebih agresif dan menampilkan lampu pelepasan berwarna ambar yang menjadikan penampilan Bronco Raptor ini lebih bergaya.

Ford Bronco Raptor 2023 dijangka muncul secara rasmi pada pertengahan tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model standard, Ford Bronco Raptor 2022 kini jauh lebih lebar 25 mm (ukuran lebar 2,…
Berita Global
Turut diperlihatkan adalah video teaser yang memaparkan sekilas lalu rupa paras hadapan SUV pantas…