Ford Bronco pemanduan sebelah kanan? Ford kata 'tak mustahil'

oleh Mohamad Hanif|
Pelancaran Ford Bronco generasi baharu di Amerika Syarikat ternyata bukan satu langkah kiri, memandangkan model SUV off-road tersebut sememangnya ternyata popular di negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dan pada ketika itu, kebanyakan media automotif turut melaporkan bahawa model Bronco hampir mustahil untuk dijual di negara selain Amerika Syarikat, dalam erti kata lain tiada Ford Bronco dengan versi pemanduan sebelah kanan (RHD).

Namun, laman Ford Authority melaporkan bahawa Ford Bronco sebenarnya boleh dikonfigurasikan untuk negara-negara yang mengamalkan pemanduan di sebelah kiri jalan.

Menurut Paul Wraith, ketua pereka bagi projek Bronco dan Bronco Sport berkata, "kami mengoptimasikan Bronco dengan konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD), namun kami tidak pernah mengenepikan konfigurasi pemanduan sebelah kanan.

"Namun, buat masa ini kami memfokuskan kepada Bronco pemanduan sebelah kiri terlebih dahulu.

Walaupun tiada sebarang petanda bahawa Bronco akan dipasarkan di luar Amerika Syarikat, namun jika Ford mengambil inspirasi daripada strategi Mustang suatu ketika dahulu, tidak mustahil Bronco mampu mencapai kejayaan yang serupa.

Setidak-tidaknya, Ford di negara lain mampu menawarkan SUV off-road sejati yang lebih baik, selain bergantung harap kepada penjualan Ranger (dan Ranger Raptor) semata-mata.

Sumber: Ford Authority

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…