Ford Bronco hadir dalam tiga bentuk - dua pintu, empat pintu, SUV Sport

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira seminggu lagi sebelum pengenalan rasmi model baharu Ford Bronco dan kesempatan ini diambil oleh Ford untuk memperlihatkan gambar teaser yang memaparkan variasi bentuk badan yang bakal ditawarkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jenama 4x4 yang memiliki tagline 'Build Wild' ini bakal menampilkan tiga bentuk badan iaitu Bronco dua pintu, Bronco empat pintu, serta model yang lebih kecil Bronco Sport. 

Menurut kata Ford, apa yang membezakan antara model Bronco dengan SUV Ford yang lain adalah aspek kejuruteraan di mana Ford Bronco dibina di bawah prinsip baharu "Build Wild" itu tadi. 

 


Ini termasuklah ujian yang digelar sebagai Build Wild Extreme Durability Testing - siri ujian di mana ketiga-tiga SUV 4x4 ini direka untuk ketahanan meredah laluan yang ekstrem tidak kira apa jua situasi dan iklim. 

Untuk memastikan Bronco mampu mengharungi cabaran tersebut, Ford melengkapkan SUV ini dengan sistem 4x4 standard, sistem pengurusan medan eksklusif serta senibina unik yang menampilkan keupayaan serta sistem gantungan yang terkemuka di dalam kelasnya. 

Akhir sekali, Ford mengambil pendekatan yang berbeza terhadap pakej stail Bronco dengan Build Wild Innovative Design yang menggabungkan rekaan retro moden.  

 


Sejarah Ford Bronco bermula ketika Perang Dunia Kedua di mana Ford menghasilkan kira-kira 270,000 kenderaan kegunaan umum (GP) untuk tentera Allied Forces, di mana sebilangan besar daripadanya dibawa pulang untuk kegunaan peribadi.

Namun di peringkat awal, kenderaan GP yang digunakan adalah terlalu kecil, dan kurang selesa menyebabkan Ford membuat keputusan untuk membangunkan Bronco yang lebih kemas dan selesa. 
 


Malah, model Ford Bronco yang asal diberikan nama samaran G.O.A.T (Goes Over Any Terrain) oleh Donald Frey, pengurus produk Ford yang terkenal dengan produk Mustang dan juga Bronco. 

Ford Bronco generasi baharu ini bakal dilancarkan 13 Julai 2020 dan tempahan boleh dibuat dengan membayar wang deposit sebanyak $100. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…