Ford Bronco - dibina atas platform Ranger

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford Bronco ialah satu nama yang memang dikira popular di kalangan peminat automotif Amerika Syarikat.

Ia adalah sebuah SUV kecil dan telah dihentikan pengeluarannya dalam tahun 1996.

Namun begitu, bila Ford US menjanjikan Bronco baharu bakal dilancarkan dalam tahun 2020, ramai di US yang menjerit kegirangan.

Umpama jika Proton berkata Arena baharu akan muncul, begitulah efeknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford belum lagi menghasilkan gambaran rasmi atau sebarang informasi mengenai Bronco (gambar yang tertera di sini ialah lakaran dari media sosial di US) tetapi menurut Road and Track, beberapa spekulasi kukuh sudah boleh didapati hasil dari risikan mereka.

Akan ada varian dua pintu

  • Model empat-pintu memang akan menjamin jualan yang tinggi tetapi Ford menjamin varian dua pintu tetap akan wujud untuk peminat Bronco.
  • Menurut laporan media lain, konsep Bronco telah ditunjukan kepada pengedar-pengedar Ford US dan desas mengatakan ia nampak seperti Bronco klasik dengan lampu bulat dan gril empat segi dengan nama Bronco di hadapan.

Pintu dan bumbung boleh dibuka

  • Seperti Land Rover Defender, Jeep Wrangler dan Ford Bronco yang asal, pintu dan bumbung untuk Bronco juga boleh dicabut.
  • Cermin sisi dikhabarkan akan dipasang pada tiang A. Ini bermakna biarpun pintu dicabut, cermin sisi tetap ada.

Bronco akan dibina berdasarkan Ford Ranger

  • Dalam tahun 2017, Presiden Operasi Global Ford, Joe Hinrichs berkata Bronco dan Ranger akan berkongsi platform.
  • Adakah ia sebuah Ford Everest yang akan disaburkan menjadi Bronco?
  • Nampaknya tidak kerana walaupun Everest ialah sebuah SUV yang dibina di atas platform Ranger, bekas Ketua Produk Ford, Raj Nair pernah berkata bahawa Bronco bukanlah sebuah saduran Everest.
  • "Bronco ialah sebuah produk yang unik untuknya sahaja," ujar Nair.


 

 

Ia akan menggunakan enjin/transmisi sama dengan Ranger

  • Ranger di pasaran US mempunyai varian yang menggunakan enjin 2.3L EcoBoost dengan 270 hp, dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Bronco mempunyai peluamng besar untuk menggunakan trenkuasa yang sama.

Tetapi, ia akan ada varian manual!

  • Jika benar Ford mahu menggunakan Bronco untuk melawan Jeep Wrangler, maka varian dengan transmisi manual pasti perlu wujud kerana Wrangler juga ada varian manual.
  • Ford mahukan Bronco ini menjadi sebuah jentera off-road tulen, dan transmisi manual perlu ada.

 

 

Varian hibrid? Itu sudah pasti

  • Sekali lagi, jika Ford mahu menentang Jeep, ia perlu meneruskan tradisi untuk menghasilkan varian-varian berelektrik seperti hibrid.
  • Ford sudah ada SUV Explorer dengan enjin 3.3 liter V6 disambungkan dengan sistem hibrid dan transisi automatik 10-kelajuan.
  • Bronco kemungkinan besar akan ada varaian dengan trenkuasa ini juga.


Adakah Bronco akan ke Malaysia? Mungkin.

  • Jika ia dibina di atas platform Ranger, ia bermakna saiznya juga akan sesuai untuk pasaran Eropah dan Asia.
  • Dengan enjin-enjin yang sudah dibuktikan oleh Ranger dan Everest, adalah satu kerugian jika Ford tidak membawanya masuk ke pasaran Eropah dan Asia yang nyata lebih besar dari US.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…