Ford beri peluang 30,000 pekerja untuk terus kerja dari rumah

oleh Mohamad Hanif|
Ford Motor Co. kini membenarkan puluhan ribu pekerjanya untuk terus bekerja dari rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut kenyataan terbaharu, kira-kira 30,000 orang pekerja yang ditukarkan shif untuk bekerja dari rumah akan dibenarkan untuk terus berbuat demikian dan ia hanya terpakai kepada pekerja pejabat sahaja, dan tidak terpakai kepada pekerja di kilang pemasangan.

Ford kini mempunyai sehingga 186,000 orang pekerja di seluruh dunia, di mana 30,000 orang daripadanya memegang jawatan kolar putih seperti sumber manusia, teknologi informasi dan perakaunan.

 

sumber gambar: The Detroit Bureau


Semenjak pandemik bermula pada tahun lalu, Ford telah mengosongkan ibu pejabatnya di Dearborn, Michigan, dan keadaan ini akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya musim panas ini.

"Kami menjangkakan kepulangan semula sebilangan pekerja pada permulaan Julai ini dengan jumlah kapasiti yang dikurangkan bagi memastikan penjarakan sosial," jelas wakil jurucakap Ford.

Sumber: CBS

Berita Berkenaan

Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…