FORD BERHENTIKAN LEBIH 3,000 PEKERJA SELEPAS TAMATKAN PENGELUARAN FORD FOCUS

oleh Firdaus Razani|
Menurut laporan Automotive News Europe, Ford akan menamatkan pengeluaran model popular mereka iaitu Focus di kilang Saarlouis, Jerman untuk beralih kepada menjual hanya kereta BEV di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta itu menamatkan pengeluaran Focus.

Sejak dua tahun lalu, khabar angin tentang masa depan kilang itu mula timbul apabila Ford membuat panggilan untuk membina EV generasi seterusnya di Sepanyol, tetapi tidak melatih semula pekerja di Saarlouis.

Oleh itu, Ford dan sebuah kesatuan yang memegang kuasa politik yang hebat di Jerman, IG Metall telah berunding untuk menentukan nasib pekerja di kilang Saarlouis tersebut.

 

ford

 

Pada masa kini, kira-kira 4,500 pekerja yang masih bekerja di kilang Saarlouis, dengan 1,000 daripada pekerjaan tersebut akan mendapat pilihan latihan semula selepas 2025.

Ford dikatakan telah membuat perbincangan dengan pelabur yang berpotensi untuk kilang itu pada Oktober lalu, namun rancangan itu gagal.

BYD turut dilaporkan antara syarikat yang berminat, tetapi pembuat kereta China itu ada mengumumkan akan membuka kilang Eropah pertamanya di Hungary.

 

ford

 

Selepas Ford Focus Electric dilancarkan di AS dan dibina di Michigan, Ford memulakan pengeluaran model tersebut di Saarlouis pada 2013,  namun pada 2017, Ford membatalkan jualan di Eropah dan AS kerana jualan yang lemah.

Selain Ford menghadapi isu ini, Volkswagen juga turut berkata ia akan mengurangkan pekerja di Jerman dalam usaha untuk mengurangkan kos $11 bilion.

Bermula tahun hadapan, mereka akan berhentikan 500 pekerja dari 10,000 jumlah pekerja di Zwickau berikutan permintaan pengeluaran yang semakin lemah.

 

SUMBER : ELECTREK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…