Ford bangunkan Ranger lumba lawan Hilux Toyota Gazoo Racing

oleh Mohamad Hanif|
Pusingan Cross Country di Afrika Selatan nampaknya bakal menjadi satu lokasi saingan sengit apabila Ford mula bangkit melawan penguasaan trak pikap Hilux oleh pasukan Toyota Gazoo Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Senjata baharu Blue Oval ini merupakan sebuah Ranger yang telah dimodifikasi oleh Neil Woolridge Motorsport (NWM) bagi memenuhi piawaian FIA. 

Nadi yang digunakan merupakan enjin bentangan V6 berkapasiti 3.5 liter (F-150) dengan turbo berkembar dan merupakan nadi pertama seumpamanya yang digunakan pada perlumbaan merentas negara. 

 


Namun, pasukan pelumba Ford akan menggunakan trak Ranger sedia ada yang dikuasakan oleh nadi V8 untuk dua perlumbaan pertama yang dipandu oleh juara berganda Class T Lance Woolridge dan juara Brazil dua kali, Marcos Baumgart. 

Trak Ranger dengan nadi V6 ini hanya akan digunakan secara rasmi setelah tamat dua perlumbaan pertama itu berlangsung. 
 


Jika dibandingkan dengan model yang bertanding di bawah Class T, enjin Ranger baharu ini diposisikan jauh ke belakang bagi mengoptimasikan pembahagian berat yang ideal. 

Kuasa daripada enjin disalurkan kepada empat roda menerusi kotak gear ringan SADEV SC924 Evo, termasuklah penggunaan differential yang lebih ringan.
 


Menurut prinsipal pasukan NWM, Neil Woolridge berkata, "setelah mencapai kejayaan didalam Class T dua tahun lalu, tiba masanya untuk kami menggalas cabaran baharu di dalam kelas FIA yang kian popular dan menerima persaingan yang cukup sengit.

"Ini memberikan kami peluang untuk mereka dan membangunkan jentera lumba Ford Ranger serba baharu untuk menjadi yang terbaik di dunia.

Selain daripada itu, NWM juga turut memberikan sokongan kepada tiga pelumba yang bertanding di dalam Class T menggunakan Ranger V8. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hal ini disedari oleh badan permotoran Jerman, FDM ketika mereka sedang menguji sebuah  model XC60…
Berita Global
Sebagai contoh, wagon sudah lama muncul sebagai sebuah kenderaan yang mampu memuatkan lima orang…