Ford bakal jual EV sahaja di Eropah menjelang tahun 2030, selamat tinggal enjin ICE

oleh Mohamad Hanif|
Ford kini menjadi pengeluar automotif terkini yang berazam untuk menawarkan kenderaan elektrik sepenuh masa untuk barisan kenderaan penumpang di pasaran Eropah menjelang 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, model-model tradisional Ford seperti Ford Fiesta dan Ford Focus tidak lagi ditawarkan dengan enjin pembakaran dalaman, dan hanya boleh didapati dengan trenkuasa hibrid sahaja.

Dalam tempoh lima tahun dari sekarang, Ford hanya akan menjual kenderaan plug-in hybrid (PHEV) dan kenderaan elektrik (EV) sebelum menamatkan kebergantungan kepada enjin pembakaran dalaman secara kekal.

Langkah yang serupa juga bakal dilaksanakan untuk segmen kenderaan komersial, namun ia bakal mengambil tempoh yang lebih panjang berbanding kenderaan penumpang, di mana Ford menganggarkan dua pertiga daripada jualan kenderaan komersial terdiri daripada kenderaan PHEV dan EV menjelang tahun 2030.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Ford akan melaburkan kira-kira $1 billion untuk dicurahkan kepada kilang pemasangan di Cologne, Jerman untuk produksi EV.

Model kenderaan penumpang berkuasa elektrik pertama yang bakal lahir dari Ford Cologne Electrification Center untuk pasaran Eropah itu masih lagi dirahsiakan,, diikuti dengan model EV kedua.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…