Ford bakal hentikan 1,100 pekerja di Sepanyol

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), Ford memaklumkan akan mengurangkan kira-kira 1,100 pekerjaan di kilangnya di Valencia di Sepanyol ketika syarikat itu dalam usaha menyusun semula operasi di Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kerajaan Sepanyol menyifatkan langkah syarikat itu amat membimbangkan.

 

Menurut jurucakap Ford, pemberhentian itu disebabkan rancangan kilang untuk menghentikan pengeluaran model S-Max dan Galaxy pada April depan.

 

“Kira-kira 1,100 pekerja terbabit,” katanya sambil menambah Ford akan bekerjasama secara konstruktif dengan kesatuan sekerja untuk mengurangkan implikasi pemberhentian ke atas pekerja, keluarga mereka dan masyarakat setempat.

 

Menteri Perindustrian Sepanyol, Reyes Maroto menyifatkan pemberhentian pekerja yang dirancang adalah `sangat membimbangkan’.

 

“Saya ingin menjelaskan bahawa bantuan awam yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk membolehkan peralihan ke arah mobiliti elektrik, bergantung pada mengekalkan pekerjaan,” katanya kepada radio Cadena Ser.

 

Sebelum ini, Ford menyatakan minat untuk menerima dana sedemikian, dengan syarat dalam rangka pelan pemulihan ekonomi Eropah.

 

Bulan lalu, Ford memberhentikan 3,800 pekerja di beberapa tempat lain di Eropah termasuk 2,300 jawatan di Jerman dan 1,300 di Britain.

 

Pemberhentian itu yang mewakili kira-kira 10 peratus kakitangan di Eropah, menjejaskan pembangunan produk serta fungsi pentadbiran dan bukannya kedudukan pembuatan.

 

Menurut Ford, matlamatnya adalah untuk mewujudkan `struktur kos yang lebih kompetitif’ dan membolehkannya mengurangkan bilangan model yang dibangunkan untuk pasaran Eropah, menumpukan pada segmen model kenderaan yang menguntungkan dan mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik.

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…