Ford anugerah geran pendidikan bernilai US$8,000 kepada Montfort Boys Town

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Motor Company dan pengedar tunggalnya di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah menganugerahkan Geran Pendidikan Ford bernilai US$8,000 (RM33,058) kepada Montfort Boys Town. 

Menerusi program tersebut, ia bertujuan untuk menyediakan platform dalam usaha untuk melahirkan juruteknik yang bertauliah, sekaligus menyokong industri automotif tempatan. 

Geran bernilai US$8,000 itu membantu Montfort Boys Town mendapatkan dua servis pengangkat bagi kegunaan Jabatan Pemasangan Automotif. 

Ia juga dapat memastikan agar jabatan tersebut memiliki kemudahan latihan yang terkini, sekaligus membantu para pelatih memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan. 

Montfort Boys Town telah menyediakan latihan praktikal vokasional dan kemahiran hidup kepada belia yang kurang berkemampuan untuk menceburi dunia pekerjaan. 

Pada tahun 2017, Ford telah menyumbangkan dua buah kenderaan dan peralatan yang berkaitan bagi membolehkan institusi tersebut menambah lagi satu program latihan di dalam kurikulum mereka. 

Program yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Ford di Malaysia, dan antara inisiatif lain termasuklah program latihan pemanduan yang dikenali dengan nama Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup dan program khidmat masyarakat Bulan Prihatin Sedunia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…