Ford Anglia ‘Misfit’ Hot Wheels Legends UK untuk dibida, jangkaan RM164k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Anglia Misfit
Ford Anglia Misfit
Pada Oktober lalu Careta pernah memaparkan tentang sebuah Ford Anglia 'Misfit' yang memenangi pertandingan Hot Wheels Legends UK 2022.

Kereta itu mewakili United Kingdom (UK) di dalam peringkat akhir Hot Wheels Legends Tour global pada November namun tidak terpilih sebagai pemenang utama.

Hot Wheels Legends Tour 2022 dimenangi oleh pikap mini Autozam Scrum yang diubah suai menjadi 'monster truck'.

Menariknya, Proton Suprima S turut tersenarai di dalam peringkat akhir pertandingan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Ford Anglia Misfit

 

Kisah Ford Anglia 'Misfit' nampaknya bersambung apabila disenaraikan di dalam laman bidaan Car & Classic di UK.

Jika melihat pada keadaan asal Ford Anglia, ubah suai pada kereta ini sememangnya luar biasa.

Misfit dibina semula daripada kerangka Ford Anglia yang tinggal separuh dan dibeli daripada pembikin tersohor Rob Rashbrook dengan harga ratusan pound.

 

Ford Anglia Misfit

 

Kereta ini sebenarnya sudah pun di dalam keadaan ubah suai sewaktu dibeli dan projek itu diteruskan dengan baik oleh Michael Charalambous.

Beliau mengabungkan idea baharu dan lama selain teknologi dan kemahiran bagi mendapatkan hasil sebegini.

Tidak sekadar rupa, Anglia Misfit menggunakan enjin BMW 318i E30 yang dipasangkan pengecas lampau Eaton M45. 

 

Ford Anglia Misfit

 

But dan pintu dipendekkan dan suspensi termasuk bahagian belakang De Dion dan stereng adalah gabungan komponen kereta Ford dan Hilman Imp.

Satu lagi idea menarik ialah rim magnesium BBS dari kereta lumba Ferrari dan dipadan bersama tayar cross-ply.

Lampu belakang diambil dari Cadillac 1959 dengan lampu brek ketiga di atas bumbung.

 

Ford Anglia Misfit

 

Selain itu, operasi bonet dibuat secara kreatif dan dibuka dengan menarik braket nombor pendaftaran.

Anglia Misfit bukan sahaja digunakan untuk pertandingan malah dipandu oleh pemilik asal untuk kegunaan harian seperti ke sekolah dan sebagainya.

Bidaan Anglia Misfit bermula pada 15 Disember selama tujuh hari dengan jangkaan harga jualan sekitar 30,000 Pound Sterling (RM163,790.20).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford Anglia Misfit