Ford alami masalah kekurangan lencana, emblem kereta

oleh Mohamad Hanif|
Masalah gangguan bekalan komponen dan alat ganti membuatkan Ford berdepan dengan isu baharu - masalah kekurangan lencana dan emblem untuk ditampalkan pada model produksi.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Berdasarkan laporan daripada The Wall Street Journal, Ford terpaksa mengangguhkan sementara penghantaran bagi sesetengah model kenderaan disebabkan mereka tidak mempunyai bekalan lencana yang cukup, selain emblem plet nama yang dikhususkan untuk model-model tertentu.

Menurut sumber yang enggan dikenali, masalah ini memberikan kesan kepada model yang penting seperti trak pikap F-Series.

Ford dilapor cuba untuk menggunakan cara alternatif dengan menghasilkan emblem dan lencana menggunakan teknik percetakan 3D, namun idea tersebut dihentikan memandangkan hasil akhir tidak begitu berkualiti untuk digunakan.

Isnin lalu, pengeluar itu menjangkakan kira-kira 40,000 hingga 45,000 unit kenderaan tidak dapat diedarkan pada akhir suku ketiga disebabkan masalah kelewatan komponen.

Sumber: The Wall Street Journal

Berita Berkenaan

Berita Global
Beberapa tahun lepas, keputusan Ford untuk menghentikan model popular seperti Fiesta, Focus, Fusion…
Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…