Force Motor Trax Cruiser - klon G-Class dengan muatan 13 orang, 90 hp sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Sekilas pandang, anda mungkin menyangka ia adalah sebuah kereta klon yang digabungkan daripada Mercedes-Benz G-Class dan sebuah Land Cruiser J70.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, ia sebenarnya merupakan sebuah Force Motors Trax Cruiser yang berasal dari India dan dikatakan mampu memuatkan sehingga 13 orang pada satu-satu masa.

 


Trax Cruiser didatangkan dengan konfigurasi tempat duduk ala kenderaan tentera di bahagian belakang, di mana 'tempat duduk baris ketiga' itu disusun rapat ke dinding supaya boleh memuatkan lapan orang tanpa sebarang ruang kargo tersedia.

Jika anda tidak membawa sebarang penumpang, tempat duduk itu boleh dilipat ke atas bagi memberikan laluan untuk muatan kargo.

 


Kelengkapan yang didatangkan juga cukup asas seperti paparan sistem navigasi, tingkap berkuasa dengan butang akses di bahagian konsol tengah, sistem pendingin hawa dan roda stereng yang kosong tanpa sebarang butang fungsi.

Kuasa enjin juga tidak begitu memberangsangkan.

Ia didatangkan dengan enjin diesel 2.6 liter yang menghasilkan hanya 90 kuasa kuda dan daya kilas 250 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual serta sistem pacuan roda belakang.

 


Harga jualan Trax Cruiser bermula dari 1,147,427 rupee (RM64,738).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada kenderaan komersial, Force Motors turut mengeluarkan kenderaan di dalam segmen…