'Flying-V' - kapal terbang penumpang berbentuk V, lebih aerodinamik, lebih jimat bahan api

oleh Mohamad Hanif|

Di dalam industri automotif, 'V; lebih sinonim dengan konfigurasi bentangan enjin yang digunakan oleh sesetengah kenderaan mewah dan juga kereta berprestasi tinggi. 

Namun, di dalam bidang aviasi pula, 'V' bukanlah pula merujuk kepada jenis enjin yang digunakan di dalam kapal terbang, sebaliknya ia merupakan satu bentuk kapal terbang yang serba baharu. 

Ini bermakna, rekaan fiuslaj (fuselage) tunggal konvensional tidak lagi digunakan untuk kapal terbang, sebaliknya para penumpang akan duduk di dalam 'sayap' kapal terbang itu sendiri. 

Aneh bukan ideanya? 

Bagi menjadikan industri aviasi lebih mampan, KLM Airlines telah mendedahkan rekaan aerodinamik baharu kapal terbang Flying-V, dan seperti mana yang disebutkan di atas, rekaan kabin penumpang itu adalah sayap kapal terbang yang sebenar. 

Rekaan radikal ini, menurut KLM Airlines mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding kapal terbang sedia ada. 
 


Pieter Elbers, Presiden dan CEO KLM Airline berkata, mereka bekerjasama dengan Fakulti Aeroangkasa di Delft University of Technology membangunkan kapal terbang Flying-V ini.

Dari segi spesifikasi, ia boleh dibandingkan dengan kapal terbang Airbus A350, namun dengan penggunaan bahan api 20 peratus lebih jimat. 

Seperti contoh, dimensi lebar sayap (wingspan) Flying-V ini sama seperti A350, membolehkan ia digunakan di mana-mana lapangan terbang sedia ada termasuklah runway. 

Walaupun dengan rekaan yang sedikit aneh, kabin Flying-V ini mampu memuatkan jumlah penumpang yang sama seperti sebuah A350, namun dimensinya yang kecil memudahkan penerbangan dengan kurang terhasilnya rintangan udara.

Setakat ini, KLM sudah pun membangunkan model skala dan rekaan dalaman Flying-V yang akan dipamerkan di KLM Experience Days di Amsterdam Airport Schiphol pada Oktober ini bersempena ulang tahun yang ke-100 KLM Airlines. 

Sesi demonstrasi juga akan dipertontonkan untuk menguji kestabilan dan kebolehpercayaan pesawat baharu Flying-V ini kepada umum. 

Sumber: Popular Mechanics

Berita Berkenaan

Berita Global
Senarai barangan itu merangkumi belon, pesawat layar, pesawat beserta alat ganti, payung terjun,…
Berita Global
Pesawat penumpang bersaiz besar itu dijangka digunakan untuk perkhidmatan komersial pada musim…
Berita Global
  Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu bergerak di landasan, terbakar dan…