Flying Spur Speed - sedan Bentley terpantas, 626 hp, 900 Nm, 0-96 kmsj 3.7 saat

oleh Mohamad Hanif|
Bentley baru-baru ini memperkenalkan sebuah sedan mewah empat pintu yang paling berkuasa dan paling pantas, iaitu Flying Spur Speed.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikuasakan oleh enjin W12 6.0 liter turbo berkembar, Flying Spur Speed ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 626 hp dan daya kilas 900 Nm, atau 84 hp dan 130 Nm lebih berkuasa berbanding model Flying Spur Mulliner.

Pecutan 0-96 km/j adalah sepantas 3.7 saat sahaja, terima kasih kepada sistem pacuan semua roda dan transmisi klac berkembar ZF lapan nisbah kelajuan.
 

Speed


Untuk sedan pantas ini, Bentley telah menala sistem pacuan semua roda itu dengan bias kuasa dilebihkan kepada gandar belakang, sementara pengagihan daya kilas pula telah diseimbangkan untuk menjadikan respons yang lebih cepat dan mengurangkan kesan understeer.

Selain itu, sistem stereng semua roda dan fungsi torque vectoring adalah untuk memastikan sedan ini lebih lincah di laluan berselekoh.

Dari segi luaran, Bentley Flying Spur Speed ini didatangkan dengan rim unik Speed 22 inci, diikuti sistem brek dengan rotor bersaiz 420 mm, serta angkup berwarna merah dengan jenama Bentley.
 

Speed


Penggunaan bahan ringan gentian karbon turut ditawarkan seperti splitter depan, skirt sisi, diffuser belakang serta spoiler belakang.

Pembeli juga boleh memilih pakej Blackline Specification yang menawarkan kemasan gelap pada bahagian luar untuk menjadikan rupa paras Speed ini lebih sinis.

Memasuki ruang kabin, Flying Spur Speed ini dihiasi dengan penggunaan bahan tekstil mikrofiber Dinamica Plus yang diperbuat daripada 73 peratus poliester yang dikitar semula.
 

Speed


Penggunaan bahan kulit sudah semestinya ada ditawarkan dengan 15 pilihan warna, serta trim hitam piano sebagai satu ciri standard.

Pembeli boleh memilih kemasan trim lain seperti Crown Cut Walnut, Dark Stained Burr Walnut atau Dark Fiddleback Eucalyptus tanpa sebarang penambahan kos.

Sistem infotainmen standard Flying Spur itu telah dikemaskan dengan penambahan mod prestasi baharu yang mengambil inspirasi daripada chronograph yang digunakan dalam sukan permotoran.

Berita Berkenaan

Berita Global
Memperkenalkan, Nissan Skyline NISMO 2024, di mana hanya 1,000 unit sahaja sedan pantas tersebut…
Berita Global
Seperti namanya yang tertera, model ini menggunakan asas daripada sedan empat pintu Alfa Romeo…
Berita Global
Kemunculan semula generasi kelima Integra itu setelah hampir 20 tahun turut menimbulkan persoalan,…