Mengikut kaji selidik pasaran yang telah dilakukan oleh FLUX, berikut adalah sasaran pelanggan FLUX:
- Mereka yang tidak gemar membuat pinjaman sewa beli di bank
- mereka tidak berminat atau tiada masa untuk pergi ke pusat servis kereta dan bengkel. Dengan FLUX, mereka hanya perlu hubungi FLUX dan kakitangan FLUX akan mengambil dan memulangkan kereta, sebelum dan selepas servis
- Para pekerja profesional asing yang berkhidmat di Malaysia dan memerlukan kenderaan.
Kelebihan memilih FLUX berbanding membeli kereta sendiri, sewa dan pajakan:
Antara kereta yang ditawarkan kepada bakal pelanggan FLUX di Lembah Klang, buat masa ini tiada kereta dari pengeluar kereta tempatan diberikan. Menurut wakil FLUX, mereka akan pertimbangkan sekiranya terdapat permintaan dari pelanggan:
Cara melanggan FLUX amat mudah kerana pelanggan hanya memerlukan kad pengenalan, lesen memandu dan mempunyai kad kredit (kaedah pembayaran untuk mendapatkan kereta hanya menggunakan kad kredit sahaja).
Tempoh kelulusan akan mengambil masa dari 1 hari sehingga 10 hari kerana kesemua pelanggan FLUX akan menjalani pemeriksaan latar belakang dari Polis, JPJ dan rating kredit sebelum dibenarkan menggunakan kenderaan FLUX. Lesen memandu antarabangsa pula diperlukan untuk pelanggan yang bukan warganegara Malaysia.
Paling menarik tentang perkhidmatan yang disediakan oleh FLUX adalah 'Swap Car'.
Apa sebenarnya 'Swap Car'?
Secara ringkasnya 'Swap Car' adalah pilihan untuk menukar kereta, sebagai contoh:
Jika bulan ini anda melanggan Honda City 1.5 S 2019 dengan kadar bayaran bulanan RM 1,314 tetapi ingin menaik taraf ke Mercedes-Benz CLA 45 AMG 2014 dengan bayaran bulanan RM 4,017, pelanggan hanya perlu membayar fi 'Swap Car' berjumlah RM 375 dan bayaran bulanan yang baharu. Perkhidmatan ini juga boleh diguna pakai untuk menukar kereta kepada yang lebih rendah dengan membayar fi tersebut juga.
6 langkah mudah untuk membuat langganan kereta dari FLUX dari website rasmi driveflux.com/ :
FLUX masih belum melancarkan aplikasi di andriod dan ios buat masa ini. Ini adalah kerana FLUX tidak sama seperti GoCar dan Socar yang dikategorikan sebagai syarikat sewa kereta yang dibenarkan mempunyai permit sewa kenderaan, manakala FLUX adalah langganan kereta.
Perbandingan di antara Socar dan FLUX
Dengan Socar, pengguna boleh memilih tempoh sewa paling pendek bermula kurang dari 1 jam sehingga 1 bulan tetapi dengan FLUX, pengguna boleh melanggan bermula dari 1 bulan sehingga 36 bulan.