FIVE sasar buka lebih banyak stesen minyak di luar bandar

oleh Mohamad Hanif|
FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat petrol yang baharu dilesenkan di Malaysia telah pun rasmi melancarkan jenama baharu dengan pembukaan stesen minyak pertama yang beroperasi pada Mac 2020 di Kalumpang, Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usaha untuk memastikan hanya bahan api berkualiti tinggi sahaja digunakan, syarikat tersebut telah mendapatkan kontrak bekalan daripada PETRONAS sebagai pembekal bahan api dan dijenamakan sebagai Ultimaxx. 

Menurut Dato' Haji Juhari bin Abdul Ghani, Pengerusi FIVE berkata, "FIVE merupakan sebuah syarikat tenaga bersepadu bertujuan untuk memenuhi permintaan terhadap bahan bakar dengan cara yang ekonomi, mesra alam sekitar dan bertanggungjawab sosial.
 


FIVE akan dikendalikan oleh Seng Group yang merupakan peneraju di dalam perniagaan runcit petrol selama hampir lima dekad, termasuklah mengendalikan pembinaan stesen minyak baharu. 

Selain daripada itu, FIVE juga akan menjadi jenama bahan bakar yang akan menawarkan tetapan stesen yang lebih kecil dan mudah untuk dibangunkan, bagi mencipta lebih banyak peluang perniagaan dengan syarat yang minima. 

Ini bermakna, lebih banyak stesen minyak yang bakal dibuka di kawasan yang jauh dari bandar untuk membekalkan bahan api kepada rakyat Malaysia, sekaligus merancakkan lagi ekonomi. 

Sebagai sebahagian daripada langkah pendigitalan, FIVE akan menawarkan aplikasi mudah alih yang membolehkan pembayaran nirtunai, selain mengintegrasikan perkongsian, ganjaran dan ciri kesetiaan pelanggan yang akan diumumkan kelak. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jenama bahan api yang dikenali sebagai Five itu merupakan sebahagian daripada operasi Kumpulan…