Fisker umum SUV elektrik bawah RM164k; 483km sekali caj

oleh HEZERI SAMSURI|
Fisker Inc, satu jenama pembuat kenderaan EV yang pernah popular tetapi kemudiannya diam kerana mengalami masalah kewangan dan kualiti produknya telah mengumumkan ia akan melancarkan sebuah SUV elektrik (EV) mewah.

Menurut siaran media yang di-emel-kan kepada Careta, SUV EV itu akan menggunakan rekabentuk yang "menggegarkan jiwa" dan penuh dengan teknologi moden.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

SUV EV itu juga akan mempunyai kebolehan bergerak sejauh 483 km dengan sekali caj sahaja. 

Namun begitu, Fisker Inc akan hanya melancarkannya pada separuh kedua tahun 2021.

 

Direka oleh Henrik Fisker, SUV itu dijangka akan dijual pada harga di bawah US$40,000 (RM164,000) - suatu harga yang mampu milik untuk sebuah EV canggih.

Gril hadapan digantikan dengan panel gelas yang menyembunyikan radar sementara bahagian bumbung boleh dibuka untuk memberikan pengalaman yang lebih segar untuk penumpangnya.

Roda aloi saiz 22 inci juga ada sebagai alatan pilihan.

 

 

SUV itu juga akan datang dalam varian pacuan 4-roda AWD dengan dua motor elektrik, setiap satu di hadapan dan belakang.

Pek bateri +80 kWh lithium ion mampu memberikan jarak perjalanan melebihi 483 km dengan sekali caj. Fisker bagaimanapun berkata maklumat tentang bateri akan diberikan secara terperinci bila ia hampir hendak dilancarkan.

 

 

Prototaip dan juga harga lebih tepat akan diumumkan oleh Fisker Inc pada penghujung tahun ini dan ia sekarang sudah bersedia untuk menerima deposit dari mereka yang mahu menempah sebuah.

Sekarang ini, Fisker Inc sedang dalam proses mencari tapak untuk mendirikan kilang pemasangan SUV tersebut.

Nampaknya SUV itu bukanlah satu-satunya produk untuk Fisker Inc. 

 

 

Menurut Henrik, yang juga merupakan pengerusi dan CEO untuk syarikat itu, SUV EV itu ialah satu daripada tiga model EV yang bakal dilancarkan olehnya.

Fisker Inc masih meneruskan lagi kajian-kajian teknologi bateri Fisker Solid State Battery yang bakal memberikan jarak perjalanan lebih jauh untuk satu caj - lebih dari 800 km dengan sekali caj!

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu perkara menarik ialah Fisker membangunkan Rōnin dengan ciri praktikal berbanding jenama…
Berita Global
Kilang pemasangan Fisker itu bakal mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 150,000 unit setahun dan…
Berita Global
Awal tahun ini, Fisker menampilkan model SUV elektrik Ocean yang dikatakan bakal memberikan saingan…