Fisker sedang mencuba, serius!

oleh HEZERI SAMSURI|
Fisker, syarikat pembuat kenderaan elektrik yang tak habis-habis dengan kenyataan "akan menghasilkan" atau "akan menjual" atau "akan hadir" mungkin sudah terjumpa solusi untuk menamatkan perkataan "akan" di dalam semua perhubungan mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Awal tahun ini, Fisker menampilkan model SUV elektrik Ocean yang dikatakan bakal memberikan saingan hebat kepada Tesla Model Y.

Dengan harga US$37,499 (RM162,483), ia dikatakan akan mula dijual pada penghujung 2021. Sayangnya, kenyataan itu dilakukan walhal Fisker tidak ada lagi pihak yang sudi untuk memasang kenderaan tersebut.

Kali ini, laporan dari Reuters nampaknya menunjukan bahawa Henrik Fisker benar-benar telah berusaha.

Magna Steyr dikatakan akan memasang Ocean EV di kilang mereka di Graz, Austria.

Ocean memang nampak lebih cantik dari rekabentuk Tesla yang selalu menunjukan mereka berminat dengan sitcom Mork and Mindy atau sci-fi lama seperti Back To The Future.

Namun begitu, dengan Tesla sudah berada jauh di hadapan dalam industri EV, Fisker perlu mencari dana yang banyak sebelum ia mampu untuk menjual Ocean itu dahulu.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu perkara menarik ialah Fisker membangunkan Rōnin dengan ciri praktikal berbanding jenama…
Berita Global
Kilang pemasangan Fisker itu bakal mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 150,000 unit setahun dan…
Berita Global
SUV EV itu juga akan mempunyai kebolehan bergerak sejauh 483 km dengan sekali caj sahaja.  Namun…