Final SuperMoto hari ini dan esok di Dataran Merdeka!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perlumbaan supermoto ialah gabungan perlumbaan litar bertar dan litar offroad. 

Ia cukup popular di Eropa dan di Asia, ia sudah mula mendapat tempat di hati peminat-peminat sukan dua roda.

Setelah selesai empat pusingan di Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura, pusingan terakhir Kejuaraan FIM Asia SuperMoto musim 2018 akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini dan esok (1 dan 2 Disember).

 

 

Pusingan kelima ini akan berlangsung menggunakan jalan berhadapan dengan lokasi Dataran Merdeka yang bersejarah dan ikonik ini.

Bukan setakat perlumbaan supermoto itu sendiri yang menyeronokan, penonton bakal melihat saingan sengit antara pelumba Denmark, Simon Vilhelmsen dan Lewis Cornish dari United Kingdom.

Dengan hanya 13 mata memisahkan kedua-duanya dalam kategori juara keseluruhan, pertarungan di Kuala Lumpur bakal menjadi sengit antara kedua-dua pelumba.

 

 

Turut menjadi tumpuan adalah saingan tiga-penjuru diantara dua pelumba Malaysia, Muhamad Habibullah (juga dikenali sebagai Gabit) dan Mohammad Khairi Zakaria serta Makoto Arai dari Jepun.

Dengan hanya lima mata memisahkan Gabit dan Mohammad Khairi, kedua-dua pelumba negara akan bersaing kuat, lebih-lebih di laman sendiri untuk gelaran juara Asia. 

Sementara itu, walaupun menghadapi jurang 18 mata dengan Gabit, Arai juga bakal turun ke litar dengan harapan dapat membawa momentumnya dari Singapura yang menyaksikannya berjaya mengutip tempat keempat dan kelima dalan kedua-dua perlumbaan Ahad lepas.

 

 

Di bawah ialah jadual aktiviti dan perlumbaan selama dua hari ini.

 

Jika anda hendak melihat perlumbaan supermoto di tengah bandaraya, inilah peluang anda dan jangan lupa berikan sokongan kepada pelumba-pelumba tempatan!