'FIM korup!' - Anthony West

oleh Mohamad Hanif|
Masa hadapan pelumba MotoGP Anthony West nampaknya kian suram, apatah lagi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini beliau dihalang daripada berlumba akibat gagal ujian doping oleh FIM pada September 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, tindakan beliau untuk kembali beraksi di litar nampaknya seakan tidak kesampaian dengan surat notifikasi FIM bertarikh 24 Januari 2020. 

Dalam surat tersebut, ia mengingatkan West kepada kesalahannya termasuklah menandatangani kontrak dan berlumba untuk pasukan Kawasaki Brazil, serta kemungkinan yang bakal terjadi akibat tindakannya itu. 

Beliau juga turut dipanggil menghadap FIM International Disciplinary Court untuk membela diri, dan 'dinasihatkan' supaya tidak menyertai mana-mana perlumbaan sehinggalah pendengaran kes tersebut. 
 


West nampaknya bengang dengan tindakan FIM, dan sebagai tindak balas, beliau meluahkan segala isi hati yang terbuku di laman Facebook beliau dengan menyatakan FIM merupakan sebuah organisasi yang korup dan sanggup menghalang beliau berlumba. 

Malah, beliau turut mendakwa pihak atasan FIM 'membenarkan' kemenangan Marc Marquez dengan talaan ECU pada Moto2 World Championship 2013, dan menyediakan tayar khas untuk kemenangan Valentino Rossi.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…