Filem Star Wars baharu bakal menerima sentuhan Porsche

oleh Mohamad Hanif|
Daripada aksesori seperti beg bagasi, pensil mekanikal, jam tangan edisi terhad, sehinggalah kepada barangan elektronik seperti peranti pintar seperti Huawei Mate Porsche Design Series, Porsche kini meluaskan pengaruh mereka ke arena angkasa lepas pula!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kolaborasi bersama Lucasfilm, hasil kerja tangan Porsche Design ini akan diabadikan dalam rekaan kapal angkasa lepas di dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker. 

Menurut Michael Mauer, Naib Presiden Style Porsche berkata, "menghasilkan sebuah rekaan kapal angkasa lepas dengan elemen dan DNA rekaan Porsche adalah sangat menarik dan mencabar.

"Walaupun pada awalnya kedua-dua (filem Star Wars dan Porsche) tidak memiliki sebarang persamaan elemen, namun dari segi rekaan, ada persamaan falsafah yang tersendiri.

 


"Menerusi kolaborasi ini, ia memberikan satu inspirasi kepada kami, dan saya percaya kedua-dua belah pihak bakal mendapat manfaat daripada hasil kerjasama menarik ini.

Masih lagi dalam fasa pembangunan, para pereka masih lagi belum menetapkan satu kata putus berkenaan rekaan kapal angkasa yang bakal dipotretkan di dalam filem tersebut. 

Menurut gambar rasmi yang dibekalkan, rekaan kapal angkasa tersebut membawakan ciri rekaan signatur Porsche seperti garis bumbung yang rendah dan bahagian belakang yang berbentuk. 

Filem Star Wars: The Rise of Skywalker akan ditayangkan secara rasmi pada Disember 2019 ini. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Perasmian model tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance,…
Berita Global
Boleh dikatakan, 911 S/T ini menggandingkan elemen yang wujud pada model 911 GT3 Touring Package…
Gaya Hidup
Jika dilihat dengan teliti, rekaan jam tangan ini sememangnya merupakan satu penghormatan kepada…