Fiat Panda pegang rekod kereta bandar terlaris di Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
Fiat Panda kini telah memegang rekod kereta bandar yang paling laris terjual di pasaran Eropah untuk 14 tahun berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh kerana populariti Panda yang amat tinggi, kelab pemilik Fiat Panda telah melakukan inisiatif mengumpulkan lebih daripada 365 buah kereta comel berkenaan di "Panda a Pandino" terletak di Istana Pandino, Milan, utara Itali. 

 


Acara ini pada asalnya merupakan sebuah jenaka yang bermula pada tahun lepas, dan kemudiannya bertukar menjadi satu acara yang turut disokong oleh Fiat sendiri bagi meraikan para pemilik Fiat Panda di Eropah. 

Mereka juga turut mengadakan konvoi beramai-ramai sejauh 27 kilometer sebelum melakukan cubaan menyusun kereta tersebut membentuk ejaan nama PANDA yang boleh dilihat dari udara. 

Kereta bandar keluaran Fiat tersebut mula memasuki pasaran pada tahun 1980 dan kini telah memasuki generasi ketiga, dengan jumlah jualan terkumpul secara globalnya melebihi 7.5 juta unit Fiat Panda. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di pasaran sekarang adalah model ketiga dan Fiat masih mempercayainya dan baru sahaja…
Berita Global
Berdasarkan ujian yang dijalankan baru-baru ini oleh EURO NCAP, Fiat Panda menjadi kenderaan kedua…