Fiat Chrysler dan Peugeot PSA bersetuju penggabungan bernilai £35 billion

oleh SALINA JALIL|
Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dan pemilik Peugeot, Groupe PSA, telah meluluskan penggabungan €40 billion (£35 billion) yang akan menjadikan ia sebagai pengeluar kereta keempat terbesar di dunia.


Syarikat dari negara Itali dan Perancis ini berkata hubungan 50-50 itu akan mewujudkan sebuah syarikat dengan jualan kenderaan tahunan sebanyak 8.7 juta, menjana hasil sebanyak € 170 bilion dan keuntungan operasi lebih daripada € 11 bilion.


Ia juga dijangka akan menjana penjimatan kos dan faedah lain sebanyak € 3.7 billion, tanpa penutupan kilang, kata syarikat itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Carlos Tavares, ketua eksekutif PSA, yang juga memiliki Vauxhall dan Citroën, akan menjadi ketua eksekutif syarikat baru, sementara pengerusi Fiat, John Elkann, akan menjadi pengerusi syarikat tersebut.

 


Berita mengenai perundingan penggabungan pada hari Rabu menimbulkan kebimbangan terhadap kehilangan pekerjaan kepada 1,100 pekerja di kilang Vauxhall di Ellesmere Port, Cheshire. Kesatuan Unite, yang mewakili pekerja di kilang itu, telah menggesa untuk bertemu dengan PSA.

 


Pada bulan Jun lalu, syarikat itu memberi peringatan bahawa masa hadapan syarikat bergantung kepada perjanjian Brexit. Terdapat seramai 1,200 pekerja Vauxhall di Luton, Bedfordshire.

 


Kesepakatan yang dipersetujui itu tercapai setelah beberapa bulan percubaan pergabungan gagal diadakan seperti di antara FCA dan Renault Perancis disebabkan campur tangan kerajaan Perancis, mereka adalah pemegang saham terbesar Renault.

 

Kerajaan Perancis memiliki 12 peratus saham daripada PSA selepas menyaman pembuat kereta tersebut pada 2014.

 


Bagaimanapun, cadangan Renault gagal disebabkan kerumitan perikatan dengan pengeluar kereta Jepun, Nissan dan penganalisis lebih yakin dengan perjanjian terbaharu ini akan diteruskan.

 

 

Kredit: https://www.theguardian.com/business/2019/oct/31/fiat-chrysler-and-psa-peugeot-agree-35bn-merger

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Kini, lebih banyak perincian didedahkan secara rasmi bagi mereka yang mahukan sebuah kuadirisikal…