
Apa yang berlaku ialah prestasi pedal ditetapkan supaya lebih 'berhemah' dan kelajuan maksimum dihadkan pada 80 km/j sahaja.
Mod ini akan memberi panduan kepada pemandu dengan membetulkan kelakuan yang boleh menyebabkan penggunaan tenaga secara berlebihan.
Mod ini juga mendorong penggunaan pemanduan satu pedal seterusnya menyumbang kepada penggunaan sistem brek regeneratif yang lebih baik.
Untuk pemanduan bandar, ciri ini dapat menghasilkan tenaga sehingga 30 peratus lebih tinggi daripada pembrekan konvensional .
Perisian pada Fiat 500 turut membantu dengan mengoptimumkan kapasiti bateri yang berbaki dengan menyahaktifkan pemanas pada kerusi, cermin depan, cermin dan sistem kawalan suhu.

Walaupun mod penjimatan tenaga ini diaktifkan secara automatik apabila kuasa bateri menjadi rendah, pemandu tetap boleh menggunakannya pada bila-bila masa bagi menjimatkan tenaga dan memanjangkan jarak perjalanan.
Maknanya, tenaga bateri masih banyak pun boleh pilih mod jimat.
Jika pemandu rasa tidak perlu atau ingin membatalkannya, apa yang perlu dibuat ialah dengan memilih mod pemanduan lain atau injak pedal dengan keras dan melepasi had 80 km/j dan sistem akan kembali ke mod Normal secara automatik.
Sebagai contoh, pemandu nak singgah minum sambil mengecas kereta.
Dua mod lain pada Fiat 500 ialah Normal dan Range dan kesemuanya boleh dipilih pada konsol tengah kereta.
Mod Normal membawakan pengalaman pemanduan yang hampir sama dengan kenderaan petrol atau diesel di mana pemandu boleh menikmati pecutan responsif.
Mod Range pula menawarkan pemanduan satu pedal dengan pecutan lancar tanpa kelajuan yang dihadkan.
Di dalam mod ini, fungsi pembrekan regeneratif boleh menghentikan kereta dengan penuh dan membantu penggunaan tenaga secara cekap.

Satu lagi perkara menarik tentang Fiat 500 ialah pengecasan selama lima minit boleh membekalkan tenaga untuk jarak pemanduan sehingga 48km dan ianya sudah memadai bagi perjalanan biasa.
Penggunaan pengecas pantas pula boleh mengecas bateri sehingga 80 peratus dalam hanya 35 minit.
Berdasarkan standard WLTP (kombinasi), cas penuh Fiat 500 boleh dipandu sehingga 320km dan 399km untuk kitaran bandar.
Di United Kingdom, Fiat 500 ditawarkan pada harga £19,995 (RM114,427) selepas ditolak Geran Kereta Plug In.
Penulis: Muhammad Md Tajudin