Fiat 124 Spider - saduran Mazda MX-5 Miata

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fiat melakukan kejutan dengan melancarkan model 124 Spider, yang dibina di atas platform Mazda MX-5 Miata yang terbaru.

Rekabentuk Fiat nyata jauh berbeza dari Mazda, walaupun dari tepi, tulang-tulang utama chasis tersebut nampak sama.

DesktopMuncung Fiat tidak setajam Mazda, dan mempunyai bukaan gril yang berbeza serta lampu yang lebih besar. Ia mungkin tidak secantik Mazda, dan hanya yang cenderung kepada Fiat mungkin akan jatuh hati pada 124 Spider ini.

Dari segi fizikal, jarak roda tetap sama tetapi badan Fiat lebih kurang 5.5 inci lebih panjang, 0.2 inci lebih lebar tetapi 0.1 inci lebih rendah.

Hasilnya, Fiat berat sedikit dari Mazda (beza sehingga 47 kg) dan mempunyai but yang lebih luas.

Fiat nampaknya hanya menggunakan platform dari Mazda, tetai masih mengekalkan ciri Eropah dengan penggunaan enjin 1.4 L turbo  dari model Fiat 500 Abarth. Hasilnya, Fiat 124 Spider mempunyai 160 hp pada 5,500 rpm, berbanding dengan enjin 2.0 L Mazda tanpa turbo dengan 155 hp pada 6,000 rpm.

Perbezaan pada tork lebih ketara, Fiat dengan 249 Nm pada 2,500 rpm sementara Mazda pada 200 Nm pada 4,600 rpm.

collage mazda fiatTidak dapat dipastikan samada sistem transmisi yang digunapakai oleh kedua kenderaan ini sama atau tidak, cuma yang diketahui ialah nisbah final drive untuk Fiat ialah 3.58 sementara Mazda pula mempunyai nisbah 3.45.

Dari segi dalaman, papan pemuka pada Fiat sangat hampir kepada Mazda, walaupun syarikat Itali itu berkeras ia telah melakukan beberapa perubahan. Malah, sistem infotainment kekal dari Mazda, cuma apa yang dapat diperhatikan stereng Fiat lebih tebal dari Mazda, menjanjikan genggaman yang lebih kemas.

Desktop4Yang pasti, Mazda MX-5 Miata sudah dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos lalu dengan harga dari RM220,000.

Fiat pula tidak lagi diwakili oleh sesiapa di Malaysia. Pengimport terakhir Fiat, Torino Motors sudah menghentikan kontrak mereka dan model terakhir yang dilancarkan di Malaysia oleh jenama Fiat ialah model Bravo GT 1.4 T-Jet.

Sekiranya Fiat, sebuah gergasi Eropah (dengan rakan kongsi Chrysler) yang mempunyai jenama-jenama terkenal seperti Ferrari, Maserati dan Alfa Romeo boleh menggunakan model dari jenama lain untuk proses rebadging, pastinya syarikat nasional kita seperti Proton juga boleh.

Masalahnya, siapa yang mahu membantu Proton?

*Gambar di ambil dari netcarshow.com

[gallery ids="1133,1126,1129,1128,1132"]