FIA pertahan kereta keselamatan Aston Martin 'macam kura-kura'

oleh Mohamad Hanif|
FIA baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung aduan beberapa pelumba F1 yang mendakwa kereta keselamatan Aston Martin terlalu perlahan ketika berada di atas litar.

Menurut FIA, fungsi utama kereta keselamatan adalah untuk memastikan keselamatan pemandu serta para petugas di atas litar lumba, dan tahap kelajuan kereta tersebut ditentukan oleh pusat kawalan dan tidak terhad kepada keupayaan sebenar jentera itu.

 


Jelas FIA lagi, impak kelajuan sebenar kereta keselamatan terhadap prestasi jentera lumba merupakan pertimbangan kedua yang diambil, setelah mengambil kira tahap ketersediaan litar lumba dan kelajuan proses pembersihan trek daripada sebarang serpihan yang diakibatkan oleh pelanggaran atau kemalangan.

Sebelum ini, pelumba Red Bull Racing Max Vestappen menyelar kereta keselamatan Aston Martin yang disifatkan sebagai kura-kura, malah pelumba Mercedes-AMG George Russel turut perasan jentera tersebut lambat lima saat berbanding Mercedes-AMG GT Black Series.
 

AMG


Menurut pelumba Ferrari Charles Leclerc memberitahu ESPN, "saya juga mahu mengadu, namun setelah saya melihat sendiri bagaimana kereta keselamatan itu menggelongsor di selekoh, dan saya tidak fikir (pemandu) mempunyai apa-apa yang boleh diberikan (untuk mengawal kereta tersebut), jadi saya tidak mahu memberikan tekanan yang lebih.

"Dengan kereta yang kami miliki pada ketika ini, amat sukar untuk mengekalkan suhu tayar ketika berada di belakang kereta keselamatan."

Pemandu kereta keselamatan, Bernd Maylander nampaknya bersetuju dengan kenyataan Charles Leclerc dalam satu temubual bersama Auto Motor und Sport.

Ujarnya, "amat bagus apabila Charles Leclerc melihat saya benar-benar berada pada had. Untuk melakukan dengan lebih banyak lagi adalah tidak mungkin."

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Stroll menjelaskan, "Ada satu ungkapan, dan saya tidak percaya…
MotorGP
Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan…
Berita Global
Menurut CEO BMW M, Frank van Meel berkata, "tiada tempat yang lebih sesuai untuk menyambut ulang…