Festival Toyota Gazoo Racing musim keempat ditunda

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan perkembangan terbaharu Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021, pihak penganjur Festival Toyota Gazoo Racing mengumumkan penundaan bagi pusingan 1 Toyota Vios Challenge ke satu tarikh yang belum ditentukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, UMW Toyota Motor mengumumkan pusingan pembukaan bagi Musim Keempat Toyota Vios Challenge dijadualkan berlangsung pada 28-30 Januari 2021 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.

Dalam pada itu, pihak UMW Toyota Motor akan terus berhubung rapat dengan kerajaan dan pihak berkuasa bagi memantau perkembangan pemulihan, serta berharap agar dapat memulakan kembali pusingan perlumbaan ini dalam tempoh yang terdekat.

Musim keempat Festival Toyota Gazoo Racing untuk tahun ini menjanjikan lebih banyak aksi menarik dengan pengenalan tiga siri perlumbaan berasingan iaitu Toyota Vios Challenge, Gazoo Racing Vios Sprint dan Gazoo Racing Enduro Cup.

Selain daripada itu, ia bakal menampilkan bakat baru menerusi pengenalan kelas baharu Rookie yang membenarkan penyertaan pelumba berusia 14-20 tahun di dalam Toyota Vios Challenge.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Disebabkan situasi pandemik, penganjuran acara tahun keempat TGR Festival terpaksa ditangguhkan…
Sukan Bermotor
Sebagai lanjutan kepada kejayaan musim-musim sebelumnya, Musim Keempat nanti bakal terus diterajui…
Berita Domestik
  Beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang TGR untuk pusingan pembukaan Musim Ketiga yang akan…